B.A.P dalam majalah Jepun CanCam edisi Jan.2015

Translator: Zun & Sofea
Original post: http://www.bapyessir.com/2014/11/bap-in-japanese-cancam-magazine-jan.html


 ©Y.A.A BABY-J


2012, debut di Korea. Pada tahun 2013, debut Jepun mereka dengan "Warrior"! Mempunyai bunyi individualistik yang kuat dan persembahan secara langsung yang bertenaga itu adalah daya tarikan mereka; kumpulan yang mempunyai 6 – ahli itu popular di London, Paris, LA, NY dan tempat-tempat lain juga. Fesyen harian ahli mereka yang ditunjukkan dalam konsert jelajah adalah bergaya dan mempunyai skor standard yang tinggi ♡

YOUNGJAE
Lahir pada tahun 1994, Januari 24. 178sm . Vokal utama dengan suara yang lembut sebagai daya tarikan beliau. Dengan Daehyun yang sama – umur, mereka digelar "DaeJae" dan disayangi oleh peminat.

“Saya mahu menjemput dia untuk temu janji dengan manis seperti "mari kita bermain ~ ♥" dan pergi memandu!" – Youngjae

KERJA
Q1. Seseorang yang dengan ketegangan tertinggi selepas persembahan live?
YJ: Mungkin Yongguk-san? Ianya adalah suatu yang mengejutan kan? (ketawa )! Biasanya dia tidak banyak berkata-kata tetapi dia benar-benar bising selepas persembahan live.
DH: Saya rasa Youngjae? Dia memang banyak bercakap!
JU: Saya rasa begitu juga
YJ: Eh!? Adakah begitu (ketawa)

PERIBADI
Q2. Ahli yang paling banyak bercakap ketika bergerak diantara jadual?
YJ: Selalunya... Himchan-san (ketawa)! Dia jadi teruja bersama Daehyun, kemudian termasuk saya, bunyi nya hanya semakin membesar.
DH: Sehingga tiada sesiapa dapat menghalang kami.
YJ: Tetapi Jongup boleh tidur dengan lena dalam keadaan begitu (ketawa)
Q3: Seorang yang mempunyai tabiat tidur yang teruk?
YJ: Himchan-san bercakap banyak apabila dia bangun, tetapi dia juga bercakap ketika dia tidur (ketawa)! Baru-baru ini, saya tidur dengan Yongguk-san di dalam bilik nya, dan dari bilik sebelah, saya dengar Himchan-san yang mungkin tidur bercakap dalam tidur...Bunyi itu adalah ganguan!

CINTA
"Satu kejutan semasa temu janji musim sejuk? Bagaimana dengan membeli kopi panas dan memberikan kepada dia?~♥" – Youngjae
Q4: Siapa yang seolah-olah cemburu jika anda mendapat teman wanita?
YJ: Saya rasa Himchan-san. Dia akan seolah-olah cemburu kepada mana– mana ahli yang mempunyai teman wanita (ketawa).
Q5. Jika anda mempunyai teman wanita. Siapa orang pertama yang anda akan beritahu?
YJ: Kepada Semua orang ♥

JONGUP
Dilahirkan pada tahun 1995, Februari 6. 176sm. Seorang penari dengan badan yang diukir dengan cantik dan pandangan sisi yang terlalu seksi!

"Menonton filem dan berbual di kafe...♥ saya ingin mencuba temu janji yang normal seperti itu... (malu)" – Jongup

KERJA
Q1. Orang yang paling banyak berubah selepas debut?
JU: Daehyun-san! Nyanyiannya...
DH: Kenapa pula dengan nyanyian saya!?
JU: Nyanyiannya, saya pernah berfikir "ianya bagus!" , tetapi sekarang saya rasa bahawa "woah~ ia benar-benar bagus~!" dan tersentuh (ketawa).
Q2. Seseorang yang belajar perkara paling cepat?
JU: Saya dan Zelo, yang muda belajar perkara paling cepat! Tapi saya lambat dalam belajar menari... orang yang dengan ingatan yang bagus adalah Himchan– san. Dia boleh ingat muka-muka kakitangan dari photoshoots, dan bangunan-bangunan yang kami lalui seketika di dalam kereta. Ia merupakan satu kuasa hafalan yang menakjubkan!

PERIBADI
Q3. Ahli yang paling perlahan dalam mengemas barang?
JU: Saya? Saya jenis yang pergi pada 25 minit jika kami akan bertemu dalam 30 minit, dan kemudian akhirnya tiba dalam 35 minit (ketawa).
YJ:  Sesunguhnya "oh ye terdapat satu jenis perjanjian!" (Pecah keluar ketawa)! Ahli yang cepat adalah... Daehyun. Bertentangan, dia jenis yang tiba 10 minit sebelum masa yang dijanjikan, jadi dia bersedia dan tiba lebih awal (ketawa).
JU: Dia benar-benar cepat!

CINTA
“Kejutan yang terbaik untuk temu janji pertama semasa musim sejuk… Saya akan memberikan CD B.A.P yang terbaru (ketawa)!” – Jongup
Q4. Siapa yang seolah-olah cemburu jika anda mendapat teman wanita?
JU: Youngjae-San
Q5. Jika anda mempunyai teman wanita. Siapa orang pertama yang anda akan beritahu?
JU: Orang yang dekat pada masa itu.
YJ: Jadi saya terpaksa bersama-sama dengan kamu sepanjang masa!

HIMCHAN
Dilahirkan pada 1990, April 19. 180sm. Mahir dalam bahasa Jepun, vokalis dengan senyuman dan serangan percakapan yang disayangi. Juga seorang pencinta fesyen.

"Apabila saya mempunyai teman wanita, saya mahu bermain di Jepun yang saya suka! Membeli-belah bersama-sama adalah bagus" – Himchan

KERJA
Q1. Orang yang paling banyak menyebabkan kejadian?
HC: Daehyun! Zip seluar Zelo patah ketika persembahan live, dan apabila dia pergi dari pentas untuk memperbaikinya, Daehyun tersalah anggap yang persembahan live sudah tamat dan pergi ke belakang pentas (ketawa)

PERIBADI
Q2 . Orang yang paling teruk dalam masakan?
HC: Zelo dan Youngjae. Pada masa lalu, saya meminta Zelo untuk membuat nasi, dan ia bertukar menjadi beberapa warna yang saya tidak pernah lihat ... Bagaimana ia berubah seperti itu apabila semua yang anda perlu lakukan adalah menghidupkan suis?
ZL: Eh ? Saya tidak ingat (ketawa )!
Q3 . Orang yang paling cepat membalas SNS?
HC: Ia adalah 6 orang kumpulan sembang, namun ia adalah perbualan antara 3 orang Youngjae , saya dan Daehyun (ketawa ) . Yang lambat adalah Yongguk . Dia membuatkan saya / kami menunggu sangat lama dan lagi jawapannya adalah hanya satu perkataan! Walaupun dia pasti telah membacanya.
YG: Saya membaca , tetapi saya fikir ia adalah baik jika kita bercakap apabila kita berjumpa.

CINTA
"Saya mahu memenuhi semua kehendak teman wanita saya! Sama ada membeli-belah atau pergi ke temujanji, semuanya ♥ "– Himchan
Q4. Siapa yang seolah-olah cemburu jika anda mempunyai teman wanita?
HC: Youngjae! Dia hubungi saya dengan "Awak di mana?" Dan "cepat dan datang kembali! I love you ♥" selepas semua (ketawa ) !
Q5. Jika anda mempunyai teman wanita. Siapa orang pertama yang anda akan beritahu?
HC: Saya akan melaporkannya dalam kumpulan chat.
YJ: Dan kemudian saya akan membalas dengan "sila putuskan hubungan!"

 ©Y.A.A BABY-J


DAEHYUN
Lahir pada 1993, Jun 28. 178sm. Keperibabdian dia adalah tenshinranman [Simpulan bahasa yang bermaksud "suci"] Vocal utama dengan ciri-ciri "jeritan bernada tinggi" and suara serak.
"Temu janji pada musim sejuk semestinya akan dilakukan di luar rumah! Jom kita keluar berdua pergi melihat salji kegemaran saya. ♥" – Daehyun
KERJA
Q1. Siapa paling banyak melakukan kejadian [mengejut]?
DH: Mungkin Zelo? Semasa permulaan [konsert] jelajah tahun lepas, Zelo naik ke lif pentas tanpa membawa mikrofon... (ketawa)! Oleh itu, saya pinjamkan mikrofon saya kepada dia
PERIDABI
Q2. Siapa paling pembersih?
DH: Yongguk. Bilik saya dan Zelo juga bersih! Bilik yang kotor ialah bilik Himchan dan Jongup (ketawa). Mereka selalu syak akan ahli lain apabila alat pengecas elektrik hilang dari bilik tersebut (ketawa terbahak-bahak)! Mereka hanya telah mengemas bilik semasa berpindah masuk ke bilik tersebut, dan kerana mereka selalu tidur, tidak mungkin mereka akan mengemas.
CINTA
"Oleh kerana sekarang musim sejuk, saya mahu mengait skaf atau sarung tangan buatan tangan untuk dia~♥" – Daehyun
Q3. Siapa yang akan paling cemburu jika mempunyai teman wanita?
Kemungkinan saya (ketawa)! Jika teman wanita saya pergi makan malam dengan kawan lelaki dia tetapi tidak memberitahu saya? Saya akan pergi kepada dia and merenung mata dia dan bertanya "Awak pergi mana semalam?" seperti seorang lelaki [sejati]. Tetapi, kalau Youngjae, dia tidak mungkin akan dapat bertanya walaupun secara tidak langsung seperti "Semalam...", dan hanya berkata "tidak, tiada apa-apa" (ketawa)!
YJ: Saya akan berasa gelisah dan tidak dapat bertanya~
Q4. Jika anda mendapat seorang teman wanita, siapa orang pertama yang akan diberitahu?
DH: Saya tidak akan memberitahu siapa-siapa! (Sementara Daehyun dicemuh, Youngjae merenung tepat pada Daehyun dari sisinya)
DH: Saya faham, saya akan beritahu.
ZELO
Lahir pada 1996, Oktober. 185sm. Ahli termuda dengan "rap LTE" berkelajuan tinggi, dan kecekapan dengan tarian dinamik dan lembut.
"Temu janji musim sejuk... di luar negara! Saya nak cuba meluncur papan salji di Vancouver" – Zelo
KERJA
Q1. Siapa yang paling banyak berubah selepas debut?
ZL: Daehyun lebih pandai bergaya (ketawa)!
Q2. Siapa paling lambat bersiap?
ZL: Saya. Saya bangun lebih awal berbanding orang lain dan rancang untuk bersiap, tetapi saya selalu risau tentang baju yang hendak dipakai, walaupun hanya baju untuk pergi latihan, jadi saya selalu menjadi orang yang paling lambat...
PERIBADI
Q3. Siapa paling mahir mengambil selca?
ZL: Daehyun.
HC: Saya lagi bagus! Yang tidak mahir ialah Youngjae. Walaupun dia rasa dia ada kebolehan tersebut.
ZL: Huhu! Semua orang lebih kurang sama.
Q4. Siapa paling mahir meluncur papan salji?
ZL: Saya baru mencuba sekali sahaja, tetapi kerana saya berminat dengan meluncur papan salji, saya akan menjadi lebih mahir!
YG: Saya tidak pernah meluncur papan salji sejak lahir!
Q5. Siapa paling banyak menyanyi lagu B.A.P di karaoke?
ZL: Daehyun! Member lain tak pernah (ketawa)!
CINTA
"Saya hendak rakam kami menari di depan lilin secara senyap-senyap, dan beri rakaman tersebut kepadanya sebagai hadiah" – Zelo
Q6. Siapa yang akan paling cemburu jika mempunyai teman wanita?
ZL: Hmm~m. Kemungkinan saya. Saya tidak suka jika dia keluar bermain dengan kawan lelaki atau orang lain.
Q7. Jika anda mendapat seorang teman wanita, siapa orang pertama yang akan diberitahu?
ZL: Tentulah Yongguk kerana dia merupakan ketua kami yang boleh diharap (ketawa).
B.A.P
Q1. Lagu B.A.P kegemaran?
YJ: "Coffee Shop".
JU: "One Shot".
HC: "Excuse Me".
DH: "Badman".
YG: "One Shot".
ZL: "Warrior" dan "Hurricane".
Q2. Perisa aiskrim kegemaran?
YJ: Soda.
JU: Cokolat.
HC: Strawberi.
DH: Kuki (biskut) dan krim.
YG: Kacang merah.
ZL: Tembikai susu.
Q3. Sesuatu yang kerap dipesan di kafe?
YJ: Americano.
JU: Smoothie strawberi.
HC: Americano ais.
DH: Smoothie askrim vanila <3
YG: Americano ais.
ZL: Lemonade (limau ais) berperisa buah plum Jepun.
Q4. Sesuatu yang anda akan beli di kedai serbaneka?
YJ: Onigiri (bebola nasi) berperisa gochujung-bbq atau berperisa bibimbap.
JU: Kerepek kentang.
HC: Satu kedai (ketawa)! Gurau sahaja. Non low-carb cola.
DH: Hot dog.
YG: Sup jagung dalam cawan.
ZL: Melon-pan (roti tembikai susu) dan aiskrim tembikai susu.
BANG YONGGUK
KERJA
Q1. Siapa yang makan paling banyak selepas membuat persembahan?
YG: Himchan! (Ketawa) Dia sangat suka makan, walaupun kami sedang makan bersam-sama, dia akan makan snek ditepi.
ZL: Kalau kami mahu makanan Himchan, kami perlu meminta kebenaran dia.
YG: Saya makan paling sedikit.
PERIBADI
Q2. Siapa mempunyai tabiat tidur yang paling teruk?
YG: Terdapat dinding diantara bilik Himchan&Jongup dan bilik saya, tapi saya masih boleh mendengar Himchan bercakap semasa tidur (sleep talking).
HC: Saya tidak melakukannya dihotel kan?
YG: Sekarang... Bilik itu sungguh bising.
HC: Ianya susah bagi saya! Bila saya bangun tidur, kaki Jongup berada di hadapan muka saya... sungguh teruk!
YG: Aaah, sungguh indah saya menpunyai bilik sendiri.
CINTA
Q3. Siapa yang akan paling cemburu jika mempunyai teman wanita?
YG: Daehyun atau Youngjae atau Zelo
Q4. Jika anda mendapat seorang teman wanita, siapa orang pertama yang akan diberitahu?
YG: Semua orang. Saya rasa kami akan berkumpul apabila seseorang berkata "Semua orang mari sini, ada sesuatu yang nak diberitahu". Apabila kami berkata "Mari sini!" kami semua menjadi teruja (ketawa terbahak-bahak).

Translation © cassie_babyz | bapyessir.com #Zun & #Sofea (Malay)

 ©Y.A.A BABY-J

 ©Y.A.A BABY-J



©sungpotatoky

 ©Y.A.A BABY-J


 ©Y.A.A BABY-J


 ©Y.A.A BABY-J


 ©Y.A.A BABY-J


 ©Y.A.A BABY-J


 ©Y.A.A BABY-J


Shared by Nicole @ BAPYESSIR.COM

No comments:

Post a Comment