Original post: http://www.bapyessir.com/2014/04/bap-no-mercy-episodes-for-hallyu-pia.html
©ure.pia.co.jp
Pada 2 April, single Jepun ketiga kamu, “No Mercy” dilancarkan!
HC: Ia lagu yang diisi oleh ego dan keyakinan kami. Jongup boleh terangkan tarikan lagu ini.
JU: Ya, ia ialah lagu yang menggabungkan hip hop dan muzik tradisional Korea, ia ada tarikan yang berlainan dengan apa yang B.A.P buat selama ini.
YG: Lagu ini ialah versi Jepun untuk yang Korea . Saya rasa lirik kami serupa, bukan begitu?
©ure.pia.co.jp
S: Lagu ini tunjukkan Jongup buat tarian freestylenya lebih dari biasa.
HC: Kerana Jongup “freestyle” setiap hari. (ketawa)
JU: Haha, benar. (ketawa) Kerana tarian lagu ini freestyle, ia sesuai dengan elemen hip hop kan? Dance break kumpulan…. Ah saya penari utama jadi saya tak boleh cakap apa- apa. (ketawa) Perkara yang perlu ditengok dalam lagu ini ialah dance break digabungkan dengan muzik tradisional.
S: Himchan belajar muzik tradisional. Dance break itu guna muzik Salunori, betul?
HC: Salunori ialah muzik tradisonal Korea. Dalam muzik video ada alat muzik tradisional boleh dilihat, saya juga dengar ada dram taiko Jepun juga! Itu benda lain untuk dilihat.
©ure.pia.co.jp
S: Dalam lirik, ada baris “Shigeki motto”[T/N: “beri saya inspirasi”] Apakah keseronokan yang anda mahu?
HC: Itu bahagian saya! (nyanyi) “Shigeki motto~” Saya mahu berehat. Pergi bercuti bagus juga. Saya pergi ke Tokyo sendiri.
S: Tokyo ialah bandar yang menarik.
HC: Betul tu (ketawa)
JU: Pada pendapat saya, saya nak mencuba sesuatu yang baru, pengalaman yang lain daripada yang lain dan memberi inspirasi.
DH: Saya ingin pergi ke konsert artis yang saya suka. Bruno Mars, Beyonce,Brian McKnight, saya nak pergi ke konsert yang saya minati.
YJ: Ada juga penyanyi yang bagus dan nyanyian, membuat persembahan, orang yang mempunyai kekuatan yang lain. itulah sebab melihat artis- artis begini menarik.
ZL: Saya ditugaskan untuk menari tapi saya tidak fokus kepada tarian saja. Saya dapat inspirasi daripada pakaian dan lagu juga. Sekarang, saya sedang meningkatkan perkembangan saya.
YG: Kita hidup di bumi, tetapi dari angkasa ia cuma planet kecil. Manusia ialah ketua planet ini tetapi alien mungkin wujud. Jadi saya rasa Kita perlu lindungi planet ini!
S: Kamu fikirkan perkara yang runsing.
YJ: Yongguk hyung selalu begitu.
B.A.P: Yup. (ketawa)
©ure.pia.co.jp
S: Dalam “No Mercy” ada baris “Cakap dan buat ia dengan bang!” Adakah episod daripada “No Mercy” untuk setiap daripada kamu.
YJ: Ia akan menyusahkan sesama sendiri. jadi kebelakangan ini kami cuba umtuk tidak bercakap apa- apa tentang ahli lain. Walaupun dorm bersepah kami tak cakap apa- apa.
Q: Siapa yang nakal?
ZL: Huhuhu (bunyi ketawa)
YJ: Bukan cakap tentang sesiapa. Semua amat nakal (ketawa)
DH: Youngjae betul! Apabila kami ke luar negara, saya kongsi bilik dengan Youngjae. Tetapi bila saya suruh dia bersih sikit, saya membebel. Dia rasa inilah perasaan bilik lelaki! dan saya takkan maafkan itu.
YG: Saya berserah diri (ketawa)
JU: Untuk hidup dengan aman bersama hyung-hyung, tiada “No Mercy”(tiada belas kasihan). Mungkin kadang- kadang “JANGAN BUAT ITU” diberitahu saya rasa.
HC: Oi oi~ (hey hey), saya ada “No Mercy” untuk perangai Jongup.
JU: Lihat, ada “No Mercy” kadang- kadang (ketawa)
©ure.pia.co.jp
S: Kamu adakan fanmeeting Jepun pada 29-31 Mac di Sendai, Osaka dan Tokyo. Kamu persembahkan “No Mercy” di situ. Macam mana reaksi peminat?
ZL: Ia acara pertama di Jepun sejak jelajah Warrior Begins tetapi reaksi mereka amat mengujakan!
YJ: Ia ialah kali pertama kami menyanyi versi Jepun “No Mercy”, nampaknya mereka gembira dengan itu. Lagu ini popular dalam kalangan peminat.
HC: Pada 31 Mac di fanmeeting Tokyo, kami nyanyi “No Merccy” terakhir dan berniat nak tinggalkan pentas selepas itu. tetapi bahagian “No, no, no” terlalu bersemangat jadi kami buat encore dan nyanyikannya lagi sekali. Peminat juga sambut hari lahir Yongguk, jadi semua orang amat bersemangat.
S: Yongguk, adakah ahli-ahli menyambut hari lahir anda?
YG: Kami buat parti ringkas hanya dengan ahli- ahli.
©ure.pia.co.jp
S: Apakah matlamat yang anda ada untuk promosi Jepun sekarang?
YJ: kami ada perkatakan tentang ini semasa jelajah arena tetapi kami nak buat yang terbaik dan menjadi artist yang boleh buat konsert di Tokyo Dome.
ZL: Saya risau “Adakah kami kumpulan yang mampu melakukannya?” tetapi, Tokyo Dome ialah matlamat kami.
YG: Ia bukan matlamat, tetapi saya rasa ia penting untuk lakukan bersama- sama 6 ahli- ahli B.A.P
©ure.pia.co.jp
Translation © Nicole @ BAPYESSIR.COM | bapyessir.com #Ben (Malay)
No comments:
Post a Comment