B.A.P dalam Majalah 10Asia(10+star) Isu November (Bahagian 2)


Translator: Mariana
Original Post: http://www.bapyessirfansite.com/2013/10/bap-in-10asia10star-magazine-november.html


©tenasia.co.kr
 
(sambungan dari bahagian 1..)
 
 
S: Zelo sudah banyak membesar semakin hari.
Zelo: Saya tidak boleh tolong tetapi memikirkan jika saya terlalu menonjol.
Daehyun: Sejujurnya, ianya benda yang bagus jika Zelo bukan dengan kami. Seperti seorang model. (ketawa)
Zelo: Itu tidak betul, hyung-hyung juga tinggi. Saya membesar sangat sehingga ingin menyembunyikan ketinggian saya. Ada imej yang saya perlu luahkan di atas pentas, tetapi saya fikir yang imej saya rosak kerana ketinggian saya. Ianya membuatkan saya tidak selesa kadang-kadang.
Youngjae: Kami perlu tambah ketinggian kami (ketawa)


S: Anda akan perlu menumpukan lebih kepada koreografi mulai dari sekarang.
Yongguk: Ianya bukan masalah sehingga ‘Badman’ pun tetapi elo telah membesar, itu yang sesuatu kami perlu cari tahu.
Jongup: Saya tertekan kerana Zelo dan saya menari dalam barisan yang sama. (ketawa)
Semua: (Ketawa)
Zelo: Jongup hyung ada tangan dan kaki yang panjang jadi dia tidak kelihatan pendek disebelah saya.

S: Selain dari ketinggian, anda kelihatan lebih muda dan lebih kacak dari waktu debut anda. Dan anda memang pun masih muda.

Youngjae: Apabila kami ada sesi bergambar memakai pakaian seragam sekolah, saya rasa yang saya kelihatan seperti pelajar 2-3 tahun yang lalu. Mungkin ianya kerana rambut hitam saya. (ketawa)
Himchan: Saya dan Yongguk dua-dua sama baya. Biasanya saya kelihatan bagus dalam pakaian seragam sekolah jadi saya yakin tetapi saya kelihatan tua semasa sesi bergambar itu. Saya harap yang para penonton tidak fikir yang kami tidak sesuai. Saya lebih risau kerana rambut saya warna ‘blonde’.
Yongguk: (Sambil melihat pada Himchan) Perlu ke saya beri komen? Tiada komen (ketawa)

S: (ketawa) Bolehkah anda beritahu saya masa yang anda gembira dan sedih atas pilihan baru-baru ini yang anda buat?
Daehyun: Saya tidak dapat berlatih dengan banyak semasa jadual kami, tetapi saya mengharapkan Jongup sekarang ini. Itulah pilihan yang terbaik saya buat. DIa sangat bersemangat jadi dia berlatih dengan banyak dan saya pun berlatih dengan dia juga. Ianya menyeronokkan.. 
Jongup: Daehyun hyunsangat berbakat dalam nyanyian not yang tinggi dan saya fikir itulah bagaimana akhirnya latihan kami. (ketawa)
Daehyun: Kami nyanyi dengan banyak lagu-lagu semasa berlatih dan akhirinya dengan lagu ‘rock’. Kami berdua menyanyi sebanarnya lebih kepada menjerit dan kami tidak balik ke asrama kami sehingga suara kami hilang. Apabila kami lakukan itu, ia rasa seperti sudah cukup berlatih. Mungkin juga berlatih vokal kami. (ketawa)

S: OMG, anda paksa diri anda untuk berlatih sehingga suara hilang?

Himchan: Kami baru-baru ini membuat persembahan lagu “Excuse Me” diatas pentas. Ianya lagi yang menarik untuk dipersembahkan kepada para penonton, tetapi saya teruja sangat sehingga suara saya hilang selepas itu. A, saya perlu kawal diri saya.
Youngjae: Semasa kami menyanyi “Excuse Me”, dia jadi terlebih teruja. Walaupun itu baru hanya latihan! (ketawa)
Yongguk: Himchan tidak boleh kawal emosi dia dengan betul (ketawa) Dia memang tidak boleh buatnya dengan sendiri.
Semua: ketawa
Youngjae: Himchan hyung perlua keluarkan vokal yang kuat bagi bahagian dia, tetapi dia terlebih teruja jadi dia hanya menjerit (ketawa).
Himchan: Saya fikir yang kalian akan ikut saya kalau saya lakukannya.  
Youngjae: Walaupun kami persembahkan lagu itu seperti yang kami mahu, ada bahagian kecil dalam koreografi itu yang kami perlu persembahkan. Himchan Hyung, walaubagaimanapun, menjadi terlalu teruja sehingga dia menari cara dia disebelah saya, jadi saya perlu menari untuk sesuai dengan dia. Selapas persembahan itu, Yongguk hyung datang kepada saya dan Tanya saya sama ada tahu atau tidak tarian itu.
Himchan: Youngjae dan saya teruja semasa latihan , Yongguk bertanya kepada kami, “Awak tidak tahu ke koreografinya?” Kami jawab, “Tak…kami tahu, tapi telalu teruja…” (ketawa)  
Youngjae: Tetapi terima kasih kepada Himchan Hyung, kami dapat tepukan kepada mereka yang menonton kami berlatih. Saya teka mereka hanya teruja dengan persembahan kami. Ianya sudah lama sejak kami mendapat tepukan semasa latihan.

S: Bagaimana dengan persembahan sebenar? Adakah anda membuat persembahan seperti latihan itu?

Jongup: Persembahan sebenar seronok juga, tetapi Youngjae Hyung beri komen, “Latihan itu lebih menyeronokkan.”
Semua: (Ketawa sambil tepuk tangan)
Youngjae: Saya sangat penat waktu itu. Kami menunggu untuk masa yang lama dan persembahan selepas lewat malam.
Himchan: Saya menjadi hiper setiap kali kami membuat persembahan, lagu itu membuatkan suara saya hilang. Saya menyesal (ketawa)  
Youngjae: Tetapi itu siaran langung. Ianya tidak dirakam, tidak mengapa, tetapi jika anda lihatnya di TV, anda akan lihatnya seperti melebihan. Saya fikir Himchan Hyng mungkin akan malu apabila dia menonton persembahan itu (ketawa)
Himchan: Kami persembahkannya untuk “The Show,” tetapi mereka belum tayangkkannya lagi.

S: Dari apa yang saya dengar, saya mula sedar yang Youngjae jadi semakin hiper (ketawa)
Youngjae: Kami bertiga, (Himchan, Daehyun, danYoungjae) adalah tiga orang yang selalu hiper diatas pentas. Apabila Daehyun menjadi teruja, dia mula menyanyi bahagian saya jadi kami menyanyi bersama. Suara Himchan Hyung akan bertukar menjadi not tinggi. Yang lain pula, Yongguk Hyung, Jongup dan Zelo menjadi tiang kami dan membawa kami ke pentas. (ketawa)
Himchan: Jongup sangat hebat dalam situasi ini. Dia cuba buat yang terbaik untuk orang lain leih dari dia sendiri apabila dia teruja.
Youngjae: Ianya semasa kami membuat penggambaran untuk MV dan dia sangatlah hebat., tetapi tidak semasa bahagian dia. Apabila bahagian dia habis, dia menjadi hebat lagi. Jadi saya tanya dia, “Kenapa awak lain dari semasa awak buat bahagian orang lain?” dan dia menjawab, “Saya tidak tahu sangat liriknya.”
Semua: (ketawa)
Jongup: Kerana ianya dalam bahasa jepun, saya mula fikir yang bahagian saya sebelum kami masuk dan bukan tarian saya.
Daehyun: Sama juga dengan lagu-lagu Korea (ketawa). Dia cuba untuk menyanyi dengan aga pelik kepada diri dia, dia perlu fokus dengan banyak hanya dalam menyanyi.
Himchan: Kami fokus banyak dalam nyanyian secara langsung kerana kami buat banyak konserrt. Saya fikir yang itu sebabnya mengapa. Oleh kerana kami lebih fokus dalam vokal kami, kami berhenti menari. (ketawa)
Youngjae: Tetapi dia memang bagus dalam dalam apa sahaja sekarang. Dalam cara yang hebat.

S: Di satu rancangan muzik, ketua ditanya apa yang mereka lakukan jika mereka menang satu juta dollar dan Yongguk menjawab yang dia ingin menyumbang untuk penubuhan sekolah.
Zelo: Kami ada temubual yang sama sebelum ini. Kami ingin membuat satu sekolah atas nama kumpulan, B.A.P
Yongguk: Ada akaun dengan duit simpanan untuk membuat sekolah atas nama kami.

S: Oh, benarkah? Apakah yang terjadi dengan duit itu sekarang?
Yongguk: Kami gunakan itu untuk beli computer riba (semua orang ketawa) Kami ada simpan banyak duit untuk itu. Saya fikir buat banyak duit dan bina sekolah atas nama kami, tetapi kerana album baru dan melancong, kami gunakannya untuk tujuan peribadi (ketawa)
Jongup: Kami akan buat lagu yang terbaik dengan computer riba itu jadi cepat dapat buat banyak duit dan cuba lagi!
Semua: (Ketawa)
Yongguk: Saya perlu berjujur juga; saya belum mulakan apa-apapun lagu untuk itu kecuali bermain permainan (ketawa) kami perlu mulakannya secepat mungkin.
Jongup: Selepas kami habis permainan itu!
Himchan: Permainan yang tiada penghujung.
Youngjae: Ianya permainan yang Yongguk Hyung main lama dahulu. Dia menjadi ketagih juga. Yongguk Hyung cakap yang dia beli computer riba itu, dia hanya akan muat turun satu permainan itu dan Himchan Hyung cakap kepada dia, “Jika awak muat turunnya, awak tidak akan buat lagu baru.”
Himchan: Saya sekali beritahu dia, “Jika awak dapat tahu permainan itu hilang, ingat yang suspeknya adalah saya.” Dan Yongguk membalas, “(meniru suara Yongguk) cakap itu selepas awak tahu apa kata laluan saya.”
Semua: ketawa

S: Apakah sebenarnya permainan itu?
Yongguk: Ianya permainan dimana anda menjadi jurulatih/director satu pasukan bola. Kerana saya suka bina badan. Tetapi saya tidak bergerak (ketawa) Anda hanya perlu buat rancangan dan computer itu akan buatnya untuk anda. Bila saya sudah penat, saya akan mua menggubah lagu. Saya fikir ia menjimatkan duit untuk sebuah computer riba, pilihan yang baik. (ketawa)

S: Bagaimana dengan Maknae, Zelo? Adakah anda membuat pilihan yang baik?
Zelo: Ianya bukan pilihan, tetapi saya ada buat perangai yang baik dengan buat memo dalam iPod saya, kebanyakannya apabila kami bergerak dalam kereta. Saya hanya tulis apa sahaja yang datang dari otank saya bila lalu melihat pemandangan, gambar-gambar, atau hanya kereta berlalu dan ianya menjadi topic untuk saya cakapkannya. Perasaan yang saya rasa kembali kepad saya sambil berfikir. “Ini semua berlaku…”
Himchan: Saya da buat perkara yang sama seperti Zelo lakukan. Kata-kata yang sangat bagus serta ayat-ayat yang menyentuh hati saya. Tetapi bila saya lihat balik, ianya membuatkan bulu roma saya naik, jadi saya buangnya akhirnya. (ketawa)

S: Zelo menghabiskan masa yang lebih dengan Hyung-Hyung lebih dari kawan sebayanya. Adakah anda rasa yang anda dibebankan oleh Hyung-Hyung atau itu yang anda perlu berhati-hati dengan sikap anda kerana itu?
Youngjae: Zelo adalah jenis suka meluahkan perasaan dia. Saya cuba untuk tunjukkan diti saya Hyung yang baik kerana itu, tetapi personaliti dia berubah. Dia menjadi lebih taat dan memahami jadi saya jadi selesa dengannya.
 Himchan: Bila Youngjae bermain dengan Zelo, dia guna itu untuk luahkan perasaan dia dengan reaksi muka dia, tetapi sekarang ini, dia hanya melawak. Saya bingung dan berfikir “Woah, apakah situasi ini?”
Semua: (ketawa)
Youngjae: Posisi kami sudah berubah
Zelo: Dalam cara yang baik, saya faham. Dalam cara yang jahat, saya seorang yang licik. (ketawa)

S: Adakah ini apa yang dikatakan “Maknae Di Atas”?
Zelo: Tidak, ianya hanya sesuatu yang saya belajar dari Hyung-Hyung.
Himchan: Saya suka Zelo yang sekarang ini.
Daehyun: Dia kata yang dia belajar dari Hyung-Hyung dia.. Euheuheu.
Semua: (ketawa)  
Youngjae: Itu bukan apa yang saya cakapkan. Daeyu, Himchan Hyung dan saya sebanrnya Tanya kepada yang lebih muda pertolongan banyak kali. (contoh; bolehkah awak bawakannya masuk kebilik?) (ketawa) Dia patuh dan pernah juga cakap, “Kenapa Hyung sendiri tak simpannya?” tetapi sekarang mereka hanya buatnya untuk kami. Jadi kami minta lebih lagi.  
Semua: (ketawa)
Zelo: Youngjae hyung bukan jenis yang suka menyuruh.
Youngjae: (sambil tunjuk ke arah Himchan dan Daehyun) Mereka selalu menyuruh banyak kali yang saya cuba untuk tidak lakukannya, tetapi saya lah yang paling kuat menyuruh selepas itu. (ketawa)
Yongguk: Lihat, dia ingatnya. Fakta yang awak bukan jenis tidak menyuruh (ketawa)
Zelo: Selain dari itu, saya rasa menyesal yang saya hilang imej yang saya hanya seorang Maknae. Walaupun saya ingin menjadi Maknae yang berlagak muda, saya menjadi diam dan perlahankan suara saya dihadapan orang tanpa sedar sementara hidup bersama dengan Hyung-Hyung dan buat aktiviti-aktiviti lelaki.

S: Ianya pasti benar yang persembahan yang kelelakian dan kuat sangat mempengaruhi anda.
Zelo: Saya fikir itu juga, Ianya banyak mempengaruhi saya..
Himchan: Tetapi dia lagak lebih seperti Maknae sekarang dan bila kami bersendirian. Dia diam dihadapan kami semua sebelum ini.
Daehyun: Bila kami Tanya dia mahu lakukan sesuatu untuk kami, dia hanya lakukannya tanpa bercakap apapun. Sekarang dia Tanya, “apa yang awak mahu saya lakukan?” sambil senyumannya yang bersinar dan membuat lawak.
Semua: (ketawa)

S: Semasa temubual, kami fikir yang 18 tahun, Zelo ada banyak pandangan dan membesar dengan baik, terima kasih kepada hyung-hyung. Tetapi walaupun hyung yang tertua masih 24 tahun, sangatlah muda. Saya masih ingat pada April yang lalu, Yongguk ‘post’ di Twitternya, “Saya fikir saya masih muda dan banyak perkara perlu dicakap mengenai remaja dalam muzik” dan oleh kerana kami dengar Zelo tentang pembesarannya, mari Tanya kepada yang tua. Apakah itu muda?
Yongguk: Adakah anda bercakapa mengenai muda yang saya fikirkan sekarang ini? Saya pun tidak tau. Masa saya buat tweet itu semasa saya mahu menggubah lagu tentang ‘muda-muda 20-an’ tetapi saya berhenti. (ketawa) Selepas saya gubahnya. Ianya seperti dalam filem, bukan kehidupan saya, jadi saya berhenti. Ianya terlalu jauh dan konsepnya besar untuk saya katakan. Dan kerana saya fikir saya seorang yang muda cuba untuk menjadi ramaja 20-an lebih dari sebenarnya menjadi remaja 20-an, saya tidak pasti apa yang remaja fikirkan. Saya fikir saya terlalu muda untuk mencari tahu dan beritahu apakah sebenarnya remaja itu.

S: Saya fikir yang awak akan dapat untuk cari tahu apakah itu apabila anda dalam umur 30-an dan mengenang kembali masa lalu.
Yongguk: Awak betul. Itulah bagaimana saya rasa. Saya tidak akan tahu apakah itu sehingga masa sudah berlalu. (ketawa)


©bapyessir.com #Mariana (Malay)

No comments:

Post a Comment