Translator: Mariana
Original Post: http://www.bapyessirfansite.com/2013/10/bap-on-cdet-news-101319.html
Kapsyen: Kumpulan lelaki hangat : Temu bual B.A.P dan rakaman secara langsung untuk rancangan kami!
P.B: Membuat debut di Jepun pada bulan ini dan bakat yang dapat dilihat, kumpulan lelaki dari Korea, B.A.P. Kami akan menonton rakaman bagi acara
istimewa secara langsung dan juga lihat temu bual!
Kapsyen: Acara bersempena debut single Jepun
Roppongi Nikkofare pada 10 Oktober.
P.B: Ini adalah acara istimewa/khas sempena mengeluarkan lagu debut Jepun "Warrior"
Kapsyen: Acara secara langsung untuk tetamu 250 orang
P.B: Dipilih secara loteri, 250 orang peminat memenuhi tempat acara.
Kapsyen: Temu bual Solo
P.B: Sekarang, sila tonton temu bual Berita CDET bersama B.A.P!
YG: Semua, kami adalah B
Semua: A. P Yessir!
Himchan & Zelo: Selamat sejahtera!
Kapsyen: S: Perasaan anda tentang debut di Jepun?
Daehyun: Selepas debut, ini adalah acara yang pertama diadakan di Jepun. Sesiapa yang tidak mengenali kami sebelumnya dapat mengenali kami, jadi kami sangat gembira tentangnya.
Zelo: Sehingga sekarang, kami diatas pentas untuk peminat-peminat Jepun yang sangat berhati-hati untuk "bertimbang-rasa" , Mereka mendengarkan lagu-lagu kami, tetapi kali ini (untuk siaran langsung istimewa kami) mereka bersorak dengan kuatnya dan ianya pentas yang sangat hebat untuk dibuat
Kapsyen: Bahasa Jepun yang anda ingat...?
P.B: Untuk debut mereka, kami bertanyakan mereka apakah bahasa Jepun yang mereka ingat
Zelo: Terima kasih banyak-banyak.
Daehyun: Peko Peko! (*Nota: Kesan bunyi untuk lapar dan biasanya digunakan oleh perempuan dan kanak-kanak)
Jongup: "Hanpa janai" (*Nota: SUSAH untuk diterjemahkan, maksud seperti sesuatu "Yang melampau" tetapi boleh juga bermaksud ""Half-assed (?)")
Youngjae: Berganda!
Himchan: "Puyo Puyo" (*Nota: Kesan bunyi dari "seperti-jeli") Kulit dia (Zelo's) adalah "Puyo puyo" Saya tidak pernah kedepan sebagai yang bercakap. Sila jangan kisahkan saya.
P.B: Hari ini, B.A.P menunjukkan imej yang berlainan daripada yang gagah dan berkelelakian seperti yang ditunjukkan diatas pentas. Kami juga menemubual tentang pengeluaran single mereka yang seterusnya selepas debut, dan bertanya tentangnya, sila tonton pada lain waktu, bersiaran pada 2 November!
Kapsyen: Minggu depan, disiarkan pada 2 November!
© bapyessir.com #Mariana (Malay)

No comments:
Post a Comment