Translator: Mariana
Original Post: http://www.bapyessirfansite.com/2013/11/project-bys-projects-for-baps-japan.html
Sebuah projek yang dianjurkan oleh Isa, Nicole, dan Yui dari teamBYS
Semua kredit adalah hakmilik © bapyessir.com
Fanbase lain mungkin akan terjemahkan ini tetapi sila berkan kredit yang asli.
© bapyessir.com #Amee
Sesiapa sahaja yang memberikan sumbangan kepada projek kami akan mendapat stiker/pelekat B.A.P. Setiap sumbangan akan diberikan kepada organisasi yang menentang kegunaan kanak-kanak dalam peperangan, Peace Direct.
[Stiker/Pelekat "Warrior for Peace" (Pahlawan Keamanan)]
[Tentang Peace Direct dan apa yang mereka lakukan]
http://www.peacedirect.org/
Sekurang-kurangnya 300,000 kanak-kanak lelaki dan perempuan telah dilatih dalam kombat atau digunakan sebagai perantaraan, pengintip atau hamba seks diseluruh dunia. Mereka telah dipaksa untuk menjadi bahan peperangan, untuk membunuh atau dibunuh, dengan kesan dahsyatnya secara perkembangan fizikal, emosi dan sosial.
Peace Direct menyediakan perlindungan segera, penjagaan kesihatan dan sokongan emosi yang kritikal kepada kanak-kanak yang didemobilisasikan atau yang telah terlepas darinya paksaan bersenjata.
[Bagaimana Untuk Menyumbang]
Nicole (Nagoya / Yoyogi), Yui dan Lyn (Yoyogi sahaja) akan senang dikenali dengan bendera BYS dan penyandang rasmi staf BYS di Jelajah Pembukaan B.A.P Warrior di Nagoyadan Yoyogi. Jika anda menghadiri salah satu dari konsert itu, cari mereka dan katakan helo dan buatkan sumbangan anda untuk stiker/pelekat tersebut!
Babyz antarabangsa juga boleh membuat sumbangan dan menerima stiker/pelekat "Pahlawan Keamanan"! Anda boleh membuat sumbangan melalui paypal atau Duit tunai yang disembunyikan.
** Kepada penyumbang antarabangsa, sila tambahkan 1 $ kepada amaun sumbangan anda untuk kos penghantaran stiker/pelekat anda.
Untuk membuat sumbangan diluar Jepun, sila ikuti
link: http://www.bapyessirfansite.com/2012/12/donate-to-bap-yes-sir.html
Pastikan anda tambahkan "Pahlawan Keamanan" sebagai tujuan sumbangan.
[Gambar-gambar untuk Buku bergambar]
Kami ingin melihat pahlawan kami! Nicole akan mengambil gambar J-Babyz dengan stiker/pelekat "Pahlawan Keamanan" di tempat acara tersebut. Jika anda adalah peminat antarabangsa yang menyumbang untuk projek ini, sila hantarkan gambar anda bersama dengan stiker/pelekat sekali, atau dimana sahaja anda lekatkannya dan kami akan masukkannya kedalam "Projek Buku bergambar perbuatan baik" yang akan datang :) Kami juga akan membuat montaj yang besar dengan gambar-gambar dan akan menghantar sijil sumbangan Menyelamatkan kepada B.A.P pada akhir konsert Jelajah Arena.
© bapyessir.com #Mariana (Malay)



No comments:
Post a Comment