B.A.P akan ditampilkan dalam High Cut Vol. 6 dan High Cut Japan Special.

Translator: Zun
Original post: http://www.bapyessir.com/2014/10/bap-to-feature-in-high-cut-japan-vol-6.html



Ulang Tahun pertama B.A.P

Sejak debut Jepun
mereka yang dinanti-nantikan, mereka telah menduduki tempat atas di carta Oricon . kumpulan yang kuat B.A.P  telah membuat kehadiran mereka di kalangan debut baru yang tidak terkira banyaknya. Dengan keputusan mengejutkan dan kejayaan , kita bertemu lagi dengan mereka yang lebih matang .

Selepas debut di Jepun, 2- hari live di Yoyogi Gimnasium Antarabangsa Pertama, dua anugerah daripada “The 28th Japan Gold Disk Awards”, Jelajah dunia yang berskala besar  "BAP Live On Earth 2014 jelajah Benua" ; banyak pencapaian telah dicapai BAP dalam sekelip mata.


Jika anda melihat kembali aktiviti anda di Jepun hingga sekarang?

HC : Saya rasa bahawa ianya benar-benar luar biasa yang kami dapat menerima anugerah di Jepun.
YJ : Apabila kita semua turun dari pentas pada akhir  Makuhari Messe, saya agak terkejut apabila seorang orang tua menarik saya dengan kuat (ketawa ) , perasaan bersatu dengan penonton tetap kukuh dalam ingatan saya.

Apakah daya tarikan single ke 4 anda "Excuse Me"?

YJ : Lagu ini adalah salah satu lagu yang disukai peminat Jepun. Kami telah menyanyikan ia dari masa ke  masa di acara-acara dan konsert ,setiap kali tindak balasnya adalah yang terbaik! Jadi, kami mengambil keputusan untuk menjadikannya sebagai lagu trek.
ZL : Bahagian hip- hip ditekankan dan ada banyak lirik Jepun ; Saya fikir ia akan menjadi lagu yang semua orang boleh dengar!

Bagaimana anda akan jadi dalam masa 10 tahun?

DH : Kami kumpulan pencinta muzik , jadi kami mungkin akan masih mempromosi bersama-sama dalam 10 tahun
YG : Saya fikir saya akan mengarang muzik di sudut bilik.
YJ : Saya fikir saya akan dapat menjadi seseorang yang boleh melihat dunia dengan lebih banyak ruang selepas mengalami banyak perkara . Juga, dalam masa 10 tahun , saya mungkin membawa bir dan ayam ke studio rakaman Yongguk Hyung dan melawat dia (ketawa).

Perkara yang anda ingin cabar dari sekarang?

YG : Baru-baru ini saya telah melukis. Kakak saya yang pandai dalam seni telah mengajar saya pen seni.
YJ : Saya ingin mendapatkan lesen memandu saya! Saya ingin membeli kereta dan pergi memandu ♪
HC : Saya ingin mencuba untuk berlakon . Saya suka berlakon di dalam karya yang berkisah peperangan, seperti filem "Kouchisen front line"atau cerita tentang Ketua Yi Sun- sin

Jika anda boleh menggunakan kuasa, kuasa apa yang anda ingin ?

HC : teleportasi .Saya suka tidur , jadi walaupun bergerak sedikit ianya mengganggu (ketawa). seperti teleportasi dari katil ke bilik mandi , ianya bagus jika saya boleh beteleportasi ke mana saya mahu.
YG : Keupayaan untuk terbang. Dengan teleportasi, anda akan mendapat keputusan anda dengan segera jadi ianya membosankan.
DH: Kuasa untuk membaca fikiran seseorang. Saya mahu membaca minda seseorang dan mencegah perkara-perkara buruk sebelum mereka berlaku.
YJ : Keupayaan untuk terbang dan teleportasi . Nampaknya seperti saya akan dapat melakukan perjalanan ke seluruh dunia dalam beberapa jam ♪
JU : Bagi saya , kuasa seperti Spiderman . Melekat ke dinding dan siling , setiap kuasa adalah luarbiasa!
ZL: kuasa untuk mencuri kuasa orang lain. Saya ingin berjumpa dengan makhluk asing.

Jika anda ingin meluahkan perasaan kepada seseorang yang anda suka, bagaimana anda akan melakukannya?

YG : Saya tidak bagus dalan bercakap... saya bukan jenis yang melakukan sesuatu dari diri saya sendiri , saya hanya ingin menonton mereka. Di latar belakang, saya mahu melakukan yang terbaik supaya mereka boleh menjadi gembira. Dan kemudian , ianya lebih baik jika mereka jatuh cinta dengan saya secara semula jadi.
YJ : Saya akan berfikir tentang mereka, rasa riang , dan akan berani mengaku walaupun saya malu.
ZL : Saya tidak mempunyai pengalaman jadi saya tidak pasti ... Saya akan meluahkan perasaan mengikut keadaan, jadi jika saya dalam keadaan untuk meluahkan perasaan saya rasa saya akan boleh! Ianya adalah lebih baik jika saya dapat berjumpa perempuan ideal saya secara semua jadi dari orang yang saya rapat ketika  bekarja.

Apakah sesuatu yang anda fikir "Saya iri hati mengenai sifat ini ahli "!

YJ : saya pergi membeli-belah dengan Zelo -kun di Apgujeong , dan walaupun dia hanya memakai seluar dan cutsew  (Baju yang diubah suai daripada kain bukannya satu yang telah dibeli daripada pihak pembekal) dia menggayakannya dengan baik ... saya fikir ianya bagus bahawa dia tinggi dan kool.

fesyen point anda sendiri?

YJ : Saya menyimpan gaya kireime [T / N: fesyen lelaki Jepun untuk pakaian konservatif & minimum ]  Saya suka keselesaan dan rasa bersih
HC: saya adalah standard untuk fesyen! "Saya adalah fesyen, dan fesyen juga adalah saya (ketawa )"
Semua: (Pecah ketawa )
JU : Pada asasnya, saya suka gaya jalan (street style) ♪ Walau bagaimanapun, saya ingin mencabar pelbagai gaya dari sekarang. Dan percubaan berpakaian dengan cara saya.
DH: pada dasarnya saya sendiri juga suka  gaya jalan ( street style). Saya selalu mengaitkan dengan bagaimana saya rasa hari ke hari ~ ♪

Sesuatu yang menyentuh anda baru-baru ini?

HC : Saya telah berbincang dengan ahli-ahli tentang hendak memelihara anjing di dorm . Dan kemudian semua orang menjadi serius dan memikirkan secara mendalam dan panjang lebar tentangnya... Pemikiran bahawa walaupun untuk perkara-perkara kecil, daripada memutuskannya sendiri, kami berenam berbincang tentangnya dan akan datang bersama-sama dan bekerja keras untuk mengatasi sesuatu datang kepada saya. Akhirnya, kami membuat keputusan untuk tidak mendapatkan anjing (ketawa). 

"Saya terkejut bahawa ramai peminat yang tua datang ke acara Jepun dan konsert kami. Melihat mereka di tempat itu, tanpa menyedari saya menundukkan kepala saya kepada mereka. Saya gembira kerana terdapat ramai peminat yang menyokong kami sebagai sebuah keluarga. " - Daehyun. 

"Selepas memulakan aktiviti Jepun , saya telah menonton lebih banyak media yang berkaitan dengan Jepun saya dapat melihat apa yang semua orang berminat sekarang , dan saya juga belajar ekspresi"-Youngjae

"Daripada hadiah yang saya terima daripada peminat, pengetahuan saya pada jenama fesyen dan Jepun yang saya belum tahu telah meningkat." - Zelo

"Selepas debut di Jepun, saya masih tidak boleh lupa gemuruh daripada rakaman pertama kami di NHK "Musik Jepun".Saya tidak berasa gemuruh seperti di korea."-Himchan
 
©KarenaxNaNa | Translation ©cassie_babyz | bapyessir.com #Zub (Malay)

No comments:

Post a Comment