B.A.P dalam Majalah Bahasa Jepun Kureasuta Vol. 19


Translator: Mariana
Original Post: http://www.bapyessirfansite.com/2013/10/bap-in-japanese-kureasuta-magazine-vol.html


Jangan potong tanda kami, dan anda mestilah kredit kepada bapyessir.com apabila mengedit/berkongsikannya






Lagu- anda "Warrior" telah dikeluarkan pada 9 Oktober, dan anda nyanyikannya dalam Bahasa Jepun. 
HC: "Warrior" adalah "single" kami, jadi kami nyanyikannya dalam Bahasa Jepun. Ada versi rap yang dalam Bahasa Jepun dan satu dengan Bahasa Korea.

Jadi kita boleh dengarkan rap laju LTE Zelo dalam bahasa Jepun?
Z:
Ya. Ianya sangatlah susah... Saya tidak berapa pasti dengan sebutan saya jadi saya rakamnya sambil di suruh bagaimana dengan sebutannya, tetapi saya tidak tahu apakah para peminat Jepun fikir akannya.
HC: Tetapi dia masih mampu uruskan rakaman itu dalam 5 kali cubaan.

Untuk rakamnya dalam 5 kali cubaan agak susah! Adakah Bahasa Jepun susah juga kepada ahli yang lain?
YJ:
Seperti yang telah dijangkakan sebutannya memang susah. "Warrior" adalah lagu-lagu yang bertenaga jadi kami perlu nyanyikannya dengan penuh bertenaga walaupun sebutan Jepunnya ada makna lembut dalamnya. Jadi ianya susah untuk cuba nyanyinya dengan bertenaga.


Anda dengan teguhnya menawan Dunia selangkah demi selangkah dengan muzik anda, dan konsert anda telah habis terjual di  Pacifico Yokohama untuk Jelajah Pasifik anda sebelum debut di jepun. Ia dapat menunjukkan bagaimana debut Jepun anda ditunggu-tunggu, tetapi adakah anda rasa tekannan dari itu?
HC:
Lebih dari tekanan, kami nanti-nantikannya. Pertama sekali, kami sangat gembira ramai yang diluar sana mencari kami, dan saya fikir lagi ramai menjangkakan kami, lagi banyak yang terbaik kami akan tunjukkan kepada mereka.
DH: Saya tidak rasa tertekan, saya hanya ingin berseronok dengan para peminat. Lebih dari berfikir yang kami mahu tunjukkan imej kami yang hebat, saya rasa saya ingin berseronok dengan mereka.

Apakah yang anda rasa apabila anda membuat persembahan di Pacifico Yokohama sebelum ini?
HC:
Kami tidak pernah datang ke Jepun sebelum buat persembahan ini, jadi saya fikir para peminat sangat menjangkakan kami. Saya sangat terperanjat berapa ramai peminat yang datang untuk berjumpa dengan kami pada hari konsert itu. Ianya juga aspek budaya Jepun, tetapi semua orang mendengarkan muzik dengan sangat senyap. Saya fikir yang kami boleh buat sesuatu untuk mereka berseronok bersama, dan itulah saya akan buat untuk akan datang.

Tentang perancangan untuk konsert itu, adakah anda juga berikan pendapat anda serta menyertainya?
YG:
Kami menyertai dalam mesyuarat. Kami menyatakan pendapat kami mengenai lagu-lagu yang kami nyanyikan juga bagaimana ia akan dimasukkan bersama.
DH: Ada persembahan dimana saya dan Youngjae berduet, dan oleh kerana kami tahu yang kami ada ramai peminat remaja, kami pilih lagu yang mereka tahu. Kami ingin cuba dan nyanyi  Black Music,tetapi oleh kerana kali ini konsert itu diadakan di Jepun saya ingin menyanyi lagu Jepun. 


Jadi anda akan nyanyi dalam bahasa Jepun semasa konsert pada bulan November ini?
DH:
Sudah tentu! Sila nantikannya!

Anda telah pergi ke 4 buah bandar di Amerika juga 5 buah negara di serata Asia untuk Jelajah anda. Adakah apa-apa yang lawak berlaku?
HC:
  Ada satu kali ini bila Zelo naik pentas tanpa mikrofon dia, jadi saya naik dengan mikrofon dia dan terlupa saya punya. (ketawa) Tetapi Zelo dan Daehyun akhirnya berkongsi mikrofon jadi semuanya ok.

Apakah yang anda pelajari dari luar negara? 
DH: Pergi menjelajah dan melawat negara yang berbeza, berjumpa dengan para peminat, saya perasan setiap negara budayanya sangatlah berbeza. Dengan perasan ini, saya rasa ia akan mengbah cara berfikir saya dan juga membantu dengan kebolehan saya. Saya telah buat saya rasa dan fikir tentang banyak perkara, seperti bagaimana untuk bermesra dengan pemnat. Ianya jelajah yang sangat berharga.
YJ: Para peminat sangat berbeza setiap negara, tetapi akhirnya mereka semua datanf berjumpa dengan kami dan bersorak untuk kami dengan kuat dan itu membuatkan saya bahagia. Para peminat Amerika memang berseronok bersama dengan kami dan ianya sangat menakjubkan. Para peminat Jepun semuanya menumpukan dan mendengarkan kami, dan kami dapat menumpukan perhatian kepada nyanyian serta dapat nyanyi dengan baik sekali.

Saya fikir anda akan ada banyak aktiviti di Jepun nanti, tetapi apakah perkara yang anda ingin cuba dan ingin lakukan? 
Z: Saya ingin masuk dalam rancangan muzik Jepun.
DH: Saya ingin masuk dalam Kouhaku Uta Gassen. (A/N: Ianya rancangan muzik tahunan sempena Awal Tahun. Hanya artis yang terkenal sahaja yang dijemput hadir serta membuat persembahan) Saya ingin merasai persembahan disitu bersama dengan para penyanyi yang datang dari setiap pelusuk.
YG: Saya ingin lihat gambar kami yang besar di kedai-kedai CD.
JU:Saya ingin makan sushi. (ketawa) Saya nak makan tuna.
YJ: Saya ingin lakukan jelajah Dome.
HC: Saya ingin merasai fesyen Jepun. Saya ingin pergi membeli-belah.

Menonton MV anda, anda selalu berlakon dalamnya. Ada sesiapakah yang ingin berlakon dalam filem atau drama?
HC:
Berlakon dan B.A.P memang tidak sepadan. Bila kami habis dengan jelajah Dome. (ketawa)
Z: Walaupun jika ada peluang saya ingin cuba. Buat masa sekarang, saya mahu tumpukan dalam bidang nyanyian...

Akhirnya, sila tinggalkan mesej kapa pembaca kami.
YJ:
Kami adalah B.A.P. Kami akan debut di jepun jadi sila nantikannya. Kami akan buat yang terbaik dan mempromosikannya di jepun. Sila sokong kami.


Yongguk S&J
S1. Apakah perkataan yang menggambarkan diri anda?

Sebiji batu…
Kerana saya tetap teguh...

S2. Bang Yongguk's B! Best. Apa yang kamu bagus?
Mulut saya besar. (ketawa)

Himchan S&J
S1. Apakah perkataan yang menggambarkan diri anda?

Kuat!
Dalam bahasa Korea, "Himchan" adalah "kuat"!

S2. Himchan's H! Happy. Apa yang membuatkan anda gembira akhir-akhir ini?
Yang saya dapat membuat promosi dengan ahli-ahli lagi. Saya pernah tercedera jadi saya tidak dapat membuat promosi... Tetapi saya sangat gembira keana dapat membuat promosi "Badman" bersama dengan mereka.

Daehyun S&J
S1. Apakah perkataan yang menggambarkan diri anda?

Kebolehan menyanyi!
Oleh kerana saya bertanggungjawab dalam not tinggi dan bahagian yang kuat dalam muzik B.A.P, menyanyi untuk muzik itu memerlukan kebolehan menyanyi yang bagus. Bila anda fikir kebolehan menyanyi, anda fikirkan saya, dan bila anda fikir saya, anda fikirkan saya, anda fikirkan kebolehan menyanyi B.A.P.

S2. Daehyun's D! Decide. Apakah keputusan yang anda buat baru-baru ini?

Saya ada fikirkannya lebih dari sebelumnya dan memutuskan yang ianya menjadi susah, saya perlu tunjukkan kepada peminat bahagian sempurna saya supaya mereka melihat kami. Saya selalu fikir yang walaupun kami ada banyak jadual, walaupun susah, saya perlu tunjuk kepada mereka sesuatu yang sempurna.

Youngjae S&J
S1. Apakah perkataan yang menggambarkan diri anda?

Baby face (berwajah seperti bayi).
Itu sahaja (ketawa)

S2. Youngjae's Y! Yesterday. Apakah  perkara semalam yang tidak boleh dilupakan?
Jepun ada Domes, dan Korea juga ada tempat yang besar seperti mereka. Semalam saya dapat membuat persembahan di atas pentas itu (Seoul Olympic Park Gymnastics Arena) dan saya sangat gembira. Saya ingin mengadakan konser pula disitu satu hari nanti.

Jongup S&J
S1.
Apakah perkataan yang menggambarkan diri anda?
Moon.
Kerana nama keluarga saya adalah Moon. (ketawa) Anda tahu bagaimana moon (bulan) mencerminkan cahaya matahari? Jadi makna "moon" (bulan) lebih daripada saya sendiri bersinar, saya bersinar kerana saya menerima bantuan dari ramai orang.

S2. Jongup's J! Journey. Bilakah anda mahu pergi melancong?
Musim panas sudah berakhir tetapi saya mahu ke pantai. Kami sibuk spenjang tahun ini dan tidak dapat pergi.

Zelo S&J
S1. APakah perkataan yang menggambarkan diri anda?

Zelo.
Nama saya Zelo, tetapi bila saya buat sesuatu yang baik atau sesuatu yang saya yakin, saya dapat pujian itu. Kerana di Korea, sebutan Zelo hampir dengan perkataan "terbaik" jadi mereka panggil saya yang terbaik atau saya yang terhebat.

S2. Zelo's Z! Zero. Apakah sesuatu yang anda mau mulakan semula dari Zero (kosong)?
Kehidupan sekolah saya. Sekarang saya menyedari impian saya, tetapi oleh kerana orang yang saya ialah B.A.P Zelo, saya rasa tidak berapa selesa kadang-kadang... Jadi saya ingin sangat pergi ke sekolah di negara luar yang tiada siapa tahu saya dan buat kawan. Saya ingin lepak dan keluar bersama kawan.

B.A.P S&J
S.1. Apa akan jadi jika anda boleh tukar roh dengan ahli lain? Dan siapakah yang anda ingin tukar dengan? 
Z: Saya ingin tukar dengan Himchan Hyung. Dia kelihatan seperti dia hidup tanpa kerisauan, dan saya suka bagaimana rasanya.
HC: Saya ingin tukar dengan Zelo. Saya ingin kembali kepada umur itu!
DH: Saya ingin tukar dengan Zelo, juga. Saya ingin kembali kepada zaman sekolah!
YJ: Saya suka saya. (ketawa)
JU: Saya ingin tukar dengan Himchan. Kerana dia Manchinnam. (ketawa) Ia bermakna dia seperti seseorang dari manga, dan dia kacak. Jadi saya ingin tukar dengan Himchan.
YG: Batu tiada roh. (ketawa)

S.2. Semua ahli berbeza, tetapi ada tak pada seorang ahli ni yang ada sesuatu yang anda iri padanya?
Semua:
Kami iri dengan ketinggian Zelo. Dan otot Jongup!

S.3. Apakah yang anda lakukan sejak akhir-akhir ini?
HC:
Jadual kami agak mampat akhir-akhir ini jadi kami tidak menunggu belakang pentas sangat, tetapi kadang-kadang kami main permainan Blue Marble (A/N: Permainan papan Korea sama seperti Monopoly). Dan kami tidur (ketawa).

S.4 Siapakah pembikin mood?
Himchan
DH
: Dia membuatkan segalanya ceria dan menyeronokkan.

S.5 Siapa yang boleh diharap?
Bang Yongguk

S: Jadi, jika anda ada sesuatu yang dirisaukan, anda akan meminta bantuannya?
DH:
Bukan Yongguk sahaja, tetapi bila kami ada sesuatu ingin dicakapkan, orang yang rapat akan selalu membantu.

S6. Siapakah yang ada aegyo yang paling bagus?
Himchan
HC
: Saya memang secara aslinya ada aegyo. (ketawa) Kan?
(dia dapat persetujuan oleh ahli-ahli dan mula menyanyi)
YJ: (menyanyi secara tiba-tiba) Dia ada aegyo seperti ini. (ketawa)

S7. Siapa yang paling malu?
Zelo, Jongup
HC:
Mereka ada karisma diatas pentas, tetapi mereka agak pendiam di belakang pentas.


© bapyessir.com #Mariana (Malay)

No comments:

Post a Comment