B.A.P ‘1004’ dalam KBS World Backstage Chat

Translator: Adeline
Original post: http://www.bapyessir.com/2014/03/bap-1004-on-kbs-world-backstage-chat.html


B.A.P: Para pendengar KBS World Radio, helo, kami B.A.P, yes sir!
Q: Boleh anda memperkenalkan album ini?
BYG: Album pertama kami First Sensibility adalah satu album penuh dengan 13 jenis perasaan yang berbeza pada lagu-lagu tersebut yang telah kami usahakan hingga kini. Dan lagu tejuk '1004' adalah satu lagu yang mengekspresikan perasaan seorang lelaki yang telah ditinggalkan oleh gadis yang dia cintai. Juga, kami telah menyediakan sebuah konsert penjelajahan untuk album ini, jadi kami inginkan sokongan anda semua.
HC: Ini merupakan satu soalan daripada Venny Soryo Qushayyi dari Indonesia. Apakah lagu yang setiap satu ahli suka lebih daripada yang lain? Ayuh kita mulakan dengan Daehyun dan seterusnya.
DH: Untuk saya, lagu yang kita usahakan dengan keras, '1004' adalah yang paling popular.
BYG: Saya sangat suka lagu rock 'Bang x2'.
YJ: Lagu 'SPY' adalah yang kita telah promosikan, saya juga rasa ia lagu yang lucu dan menarik untuk membuat persembahan, itulah sebab saya suka lagu ini.
HC: Akhir sekali, saya suka lagu 'With You', lagu terakhir dalam album dan kerana ia satu lagu yang kita boleh dapatkan respons daripada hati seseorang, dan ia sangat seronok apabila para peminat mula menyanyi bersama.
HC: Ini adalah soalan daripada Le Kim Dung dari Vietnam. Ketua Yongguk telah tuliskan lirik untuk hampir semua lagu dalam album, bagaimanakah perasaan anda?
BYG: Perkara yang paling penting semasa mengusahakan album penuh ini adalah konsepnya. Kali ini, kami telah lakukan konsep yang belum pernah kami lakukan lagi, ia memang seperti satu cabaran untuk B.A.P, jadi kami tidak berasa penat atau apapun. Lagipun, penciptaan sesuatu yang baru memang menyeronokkan, itulah saya berasa menunjukkan satu cabaran yang baru yang belum pernah kami lakukan untuk album yang seterusnya juga.
HC: Ini merupakan satu soalan daripada Raquel daripada Sepanyol. Terdapat banyak peluang untuk peminat Eropah untuk bertemu dengan B.A.P, adakah peluang untuk melakukan konsert di Eropah, terutamanya di Sepanyol? Siapakah ahli yang sedang mendapat populariti dari serantau selain daripada Asia?
YJ: Saya rasa b.A.P akan dapt ke Eropah untuk konsert penjelajahan. Tapi belum ada apa-apa info tentang lokasi yang kami akan lawat. Kalau boleh, kami pun ingin ke Sepanyol untuk lakukan sebuah konsert. Dan untuk ahli yang sedang mendapat populariti serantau selain Asia...
HC: Saya rasa Jongup, kerana apabila dia menari, dia sangat seksi. Kalau anda telah melihat tubuh badan Jongup, anda tidak boleh kalahkan dia. Dan orang-orang daripada Eropah dan Jepun, mereka memang sukakan lelaki dengan tubuh yang seksi. Muka rupanya pun satu kecantikan ruang kosong.
DH: Dia mempunyai muka yang handsome, juga seksi.
YJ: Kalau anda melihat dia, mungkin anda akan jatuh hati kepada tarikannya dan memandangkan kami akan ke USA dan Eropah, kalau kamu melihat dia, kamu akan jatuh hati kepadanya.
HC: Saya tidak boleh melarikan diri daripada tarikannya.

HC: Ini adalah satu soalan daripada Azuwit Gani daripada Indonesia. Apakah bentuk motivasi kamu apabila situasi menjadi susah dan mencabar?
YJ: Saya rasa kami mendapatkannya daripada konsert.
BYG: Ini adalah satu soalan daripada Selma Bouker, Yuri Khun, Emy Shinil Emna, Kenza Abid, Fatima dan ramai lagi dari Arab.
HC: Adakah kamu tahu terdapat sebuah fanclub dari Tunisia? Adakah peluang untuk kamu ke Tunisia? Apakah pendapat kamu untuk mengahwini seorang gadi Arab? Ini adalah soalan yang susah.
YJ: Saya tahu terdapat fanclub BABY dari Tunisia sebab mereka semua telah mengambil gambar dan hantar kepada kami. Adakah peluang kita untuk ke Tunisia?
JU: Saya akan pergi jika ada peluang.
YJ: Apakah pendapat anda untuk mengahwini seorang gadis Arab?
HC: Saya berfikiran terbuka.
DH: Cuma komnikasi diperlukan. Tiada masalah.
HC: Ya, kita boleh berkomunikasi. Saya boleh berasa dengan melihat matanya.
DH: Lihatlah mata saya.
HC: Oh, bukan begitu. Saya rasa perkahwinan adalah sangat indah.
BYG: Tiada halangan untuk semua negara untuk merasakan perasaan cinta.

BYG: Kami, B.A.P, bermula April, kami akan lakukan sebuah konsert penjelajahan benua. Saya rasa ia adalah satu penghormatan untuk kami di mana kami boleh berjumpa dengan para peminat dari seluruh negara dan berjumpa BABYz yang belum pernah kami jumpa lagi. Jadi, kami berharapkan sokongan daripada kamu semua untuk konsert penjelajahan benua kami dan minat dalam musik kami.
B.A.P: Sampai sini sahaja, kami B.A.P, yes sir! Terima kasih.

© KBS World | bapyessir.com #Adeline (Malay)

No comments:

Post a Comment