B.A.P dalam Majalah 10Asia+ versi Bahasa Jepun (Vol. 4)


Translator: Mariana
Original Post: http://www.bapyessirfansite.com/2013/11/bap-in-japanese-version-of-10asia.html


Jangan potong atau buang tanda kami, dan anda mestilah memberikan kredit kepada bapyessir.com jika mengedit/berkongsi




Selepas memperkenalkan diri masing-masing kepada penemubual, Hidetaka Nishio (X-GUN), rakaman pun bermula. Apabila Nishio bertanya kepada B.A.P tentang debut jepun mereka, Daehyun menjawab,“Ia adalah satu dari impian kami, jadi kami sangat gembira kerana dapat debut di Jepun,” dan menunjukkan kami senyuman yang lebar. Kemudian, apabila mereka ditanya tentang pendapa dan perasaan mereka kepada para peminat Jepun, selepas mereka berbincang siapa yang ingin menjawab, Ketua B.A.P Bang Yongguk berkata, “Saya fikir mereka semua baik dan sopan.” Melihat Yongguk berkata dengan segannya, menunduk kebawah mehalang wajahnya dari dlihat, Nishio agak terperanjat dan berkata, “Dibandingkan dengan persembahan anda yang kuat di atas pentas, anda kelihatan agak baik dan sopan semasa temubual, dan saya suka akan perbezaan itu!” Himchan juga berkata, “Saya menjadi malu bila ada kamera dihadapan saya…” Jongup berkata, “DI pentas, kami menumpukan perhatian dalam lagu kami dan tarian kami jadi ianya OK, tetapi kami masih tidak biasa bercakap dihadapan kamera seprti ini.” Ianya agak mengejutkan bagaimana mereka memberikan reaksi malu yang memang tidak dijangkakan kepada kami, walaupun mereka ialah artis yang terkenal.  
            Tentang single debut Jepun, “WARRIOR,” Bang Yongguk berkata, “Lagu itu tentang ketidakadilan dalam masyarakat. Saya fikir lagu ini adalah lagu dimana kami dapat menunjukkan warna mzuik B.A.P.” Untuk bahagian dalam lagu ini yang paling mereka mahu dengarkan , Daehyun menjawab, “ Saya mahu orang fokuskan lirik nya bila mereka mendengarkannya. Dan juga, saya mahu orang melihat dengan betul-betul persembahannya juga!” Daehyun tersenyum dan menjawab dengan yakinnya. Apabila mereka ditanya oleh Nisho, tentang keistimeaan dan warna yang membezakan mereka dari kumpulan atau artis-artis K-POP yang lain, Jongup terus menjawab, “Tarian!!”. Dengan jawapan itu, Nishio menunjukan koreografi ONE SHOT dan WARRIOR kepada ahli-ahli yang dia telah berlatih baru-baru ini. Melihat dia menari, B.A.P kelihatannya sungguh terpegun dan menunjukkan minat mereka. Mengikut ahli-ahli, B.A.P berlatih 12 jam sehari dari 1~2 bulan untuk 1 buah lagu (1 koreografi). Himchan berkata, “Kerana kami hanya ada koreografi yang susah dan kuat, ianya memang memenatkan kami…”dan senyum pahitnya.  

            Bagi B.A.P, ini adalah kali ketiga mereka melawat ke Jepun. Mereka berkata yang mereka belajar bahasa Jepun lebih dari 2 tahun dan walaupun Daehyun seperti megelak menjawab, “Kami tidak berapa bagus,” sepertinya mereka telah memperbaiki bahasa mereka dari sebelumnya. 


Sejarah B.A.P menawan dunia. Kami akan menawan Korea dengan ini!!
Pengenalan setiap lagu oleh ahli-ahli.


Bang Yongguk: “Saya benci ketidakadilan dan yang tidak munasabah. Jika ada sesuatu yang tidak betul, kami mesti beritahunya, luahkannya kepada orang ramai. Para peminat yang mendengar kepada muzik masih muda. Tatapi hanya kerana mereka muda, ianya salah kerana menghalang mereka dari mengetahui dan mempelajari sesuatu. Jika mereka belajar bagaimana untuk berurusan dan memahami isu social dari usia mereka yang awal, saya fikir mereka akan jadi lebih bagus dan matang bila dewasa kelak. Mempunyai sesuatu yang kami tidak lakukan konsesi, itulah stail-B.A.P.”  


B.A.P kembali dengan muzik yang lebih kuat. Menjadi idola hip-hop, mesej mereka menjadi lebih jelas. Agresif tetapi lirik yang memberi penjelasan memang sangat stail-B.A.P.Kali ini, apakah jenis lagu yang mereka bakal tunjukkan untuk menawan dunia? Kami bertanya kepda ahli untuk memperkenalkan setiap lagu yang ada dalam mini album ketiga mereka, “BADMAN”.





EXCUSE ME
Himchan: inilah lagu yang terbaik untuk menaikkan semangat para peminat. Saya fikir kami boleh membuat persembahan dengan lagu ini di atas pentas! Saya sangat nantikan persembahan diatas pentas!
10Asia: Dengan stail hip-hop tradisional, lagu ini ada baris rap yang sangat kuat dari lagu-lagu yang ada dalam album mini yang ketiga. Kami pasti yang anda akan dapat rasa skil tinggi rap B.A.P semasa persembahan secara langsung. Lagu ini sangat seperti-BAP dengan menunjukkan watak mereka melalui muzik dengan lirik yang agresif.  

COFFEE SHOP
Youngjae: Saya selalu ingin cuba muzik jazz. Saya fikir anda boleh lihat kematangan B.A.P keluar dari lagu ini. Dengan adanya pemain piano Jazz yang terkenal, Song Youngju, lagu itu dinaik taraf.
Himchan: Ianya susah untuk mennyanyi lagu yang kurang agresif, tetapi saya berpuas hati dengannya kerana lagu ini keluar dengan baik mengikut stailnya.
10Asia: Lagu Urban R&B. Lagu yang matang ini dimana bukan kebiasaan kita lhat dari kumpulan idola, pemain piano terbaik Korea, Song Youngju, memberikan atmosfera jazz yang bagus dalam lagu ini dengan temponya memberikan stail biasanya. Kita boleh lihat bagaimana perbezaan ekspresi B.A.P yang dapat dibawa dalam lagu ini.

BOW WOW
Jongup: Lagu ini menggambarkan seorang lelaki yang lucu dan suka main-main, yang senang terpikat oleh para wanita walaupun dia sudah ada teman wanita. Kerana marah, teman wanitanya berkata “Kenapa awak melihat perempuan lain walaupun awak sudah ada teman wanita macam saya?” kepada lelaki. Tetapi dia ambil perangai yang sebegitu dan berkata, “Inilah bagaimana sebernarnya semua lelaki.” Tetapi pada bahagian terakhir, lelaki itu berkata “Dengan adanya kamu disebelahku, semua yang di dunia adalah milikku,” dan tamtkannya dengan kisah yang bahagia. (ketawa)
ZELO: Anda akan perasan bila anda dengar lagu itu, kami buatnya dengan trend Hip-Hop terkenal. Rentak groovy sesuai dengan baik sekali dengan semua kata-kata merepek lelaki. Saya fikir anda boleh lihat daya tarikan lelaki yang anda tidak boleh benci.
10Asia: Lagu yang dimana yang berimej paling ceria dalam album. Lagu yang comel dengan cara cinta B.A.P yang tersendiri. Ton vokal Daehyun dan Youngjae memang memberikan keharmonian.

HURRICANE
Bang Yongguk: Dalam lagu ini, kami mencabar muzik electro-house yang kami tidak pernah cuba sebelum ini. Kami telah tunjukkan muzik yang keras, tetapi kami mahu tunjuk bahagian baru muzik kami dengan lagu ini.
10Asia: Tidak seperti lagu-lagu B.A.P yang lain, lagu ini ada bunyi electro-dance. Chon Down dan Marco,komposer yang bekerja bersama untuk lagu , “NO MERCY”, dimana tajuk lagu untuk album mini yang pertama, bekerja lagi sekali, dan Bang Yongguk yang menulis lirik ini sendiri. Bukan sahaja rasa Hip-Hop, ini juga ada rasa rock dalamnya. 


©bapyessir.com
  
WHUT’S POPPIN’
ZELO: Ini adalah lagu kegemaran saya dalam album baru ini. Saya suka lirik Yongguk Hyung yang terang dan terus-terang. Lagu ini ada banyak “malicious tongue” (kata-kata berbahaya)yang Yongguk Hyung selalu katakan. (ketawa)
Bang Yongguk: Kami cipta “WHUT’S POPPIN’” kerana kami perlukan lagu permulaan untuk memberikan oimej album baru kami kepada orang ramai. Semasa jeljah di Amerika, kami melawat Bronx, New York. Tempat itu agak berbahaya, tetapi ia ada atmosfera Hip-Hop yang kuat, dan disana, kami berpeluang berkawan dengan orang-orang disana, dan mereka mengajar kami perkataan sapaan “Whut’s Poppin’” kepada kami. Kerana saya ingin luahkan Hip-Hop dalam lagu ini, saya guna itu untuk tajuk lagu ini.
10Asia: Sebagai ketua, Bang Yongguk berkata, lagu ini menggmabarkan perbezaan stail muzik seperti dalam album itu ada. Ada pelbagai lirik yang berterus-terang dalam lagu ini, seperti “Kita layak di kelas/taraf yang berbeza dan siapa yang lemah seperti wanita,” dan “Kami tidak berminat dalam perkara dimana orang yang tidak ada banyak perbezaan.” Tetapi kepada siapakah mereka ingin katakan? Imej yang berkuasa dan stail Hip-Hop B.A.P yang sejak dari debut, masih menarik kita.

BADMAN
Bang Yongguk: Lagu ini ada mesej yang mengenai B.A.P menentang jenayah. Apabila saya menonton berita semasa menulis lirik, saya lihat banyak berita tentang pembunuhan dan rompakan. Kerana saya rasa jenayah sudah semakin serius tetapi dilupakan dan dibiarkan selepas disiarkan di TV, saya membuat keputusan untuk buat lagu ini, ingin memberi amaran dan membuatkan orang berfikir tentang jenayah-jenayah itu sekali lagi bila dengarkan akan lau kami. Diantara keenam-enam buah lagu, saya lebih menumpukan lagu ini dalam album ni. Ianya baru dan segar dari B.A.P berentak ‘trap’ mengikuti arus muzik terkenal di US sekarang.
10Asia: Ini ialah tajuk lagu album ini. Lagu ini dibikin oleh Kang Jiweon & Kim Kibum,yang bekerja bukan hanya untuk B.A.P tetapi juga Secret, dan kumpulan wanita yang lain. Ini juga lagu seperti-B.A.P, dimana da rasa ‘trap’ yang sangat terkenal sekarang di US (trap: muzik eltronik sub-genre dimana rentaknya kuat dan spesintesis (?)), da nada mesej yang keganasan akan ditewaskan oleh keadilan.

© bapyessir.com #Mariana (Malay)



No comments:

Post a Comment