Translator: Mariana
Original Post: http://www.bapyessirfansite.com/2013/10/bap-in-high-cut-japan-magazine-vol-2.html
“Di Jepun, kami
adalah orang baru. Jadi kami ingin berusaha seperti kami buatnya waktu pertama
kalinya.”
Debut di Jepun ―Apa
Yang Kami Fikir Sekarang ―
Akhirnya! “B.A.P” yang dikenali sebagai
permainan terbesar yang terakhir telah dilancarkan debut Jepun mereka. Sebagai
imej adik kepada kumpulan wanita Secret, mereka telah mencipta dengan beraninya
sejarah mereka dengan “WARRIOR” pada bula Januari 2102, debut Korea mereka yang
bertenaga dan hebat. Pada mulanya, rambut mereka semuanya berwarna perang putih.
Amaun yang besar dengan persembahan debut mereka, dengan seperti kumpulan
haiwan yang ganas, dengan rupa yang baru serta tarian yang semakin ganas,
bersama dengan muzik berkarisma yang menarik minat para remaja, tetapi juga
Media-media dan peminat KPOP antarabangsa. Mereka membuat kedatangan semula
dengan jarak hanya 3 bulan, dan mengetengahkan stail kegemaran mereka, Hip-Hop,
mereka menyanyi R&B dan juga Pop,oleh itu, pada masa 2012 telah habis,
merekalah kumpulan Idola Korea yang terkenal. Lelaki yang biasa hadir kesini
dengan sejarah yang mendalam. Apakah yang anda rasakan sekarang? “Di Jepun,
kami adalah orang baru. Jadi kami ingin untuk berusaha dengan keras seperti
kami pernah lakukan pada debut pertama kalinya di Korea. Kami ingin mengenali
Jepun dengan lebih, dan datang ke Jepun, banyak kali, berjumpa dengan para
peminat yang ramai dan kami ingin bergembira.” (Bang YongGuk) Ya, debut Jepun
bukanlah perkara senang. Mereka juga telah tahu kumpulan yang telah debut di
Jepun. Oleh itu, mereka mesti merasakannya lebih dari orang lain.
Bunyi &
Rap ―Setiap daya tarikan dan individunya―
Lelaki ini, Ketua “B.A.P”,
Bang YongGuk, walaupun seoran yang muda, boleh dikenali sebagai produser yang
berbakat. Bagi dia yang kadang kala juga menggubah lagu, kami bertanyakannya
bagaimana dia mendapat inspirasi, dia berkata “Saya kadang-kadang menulis
tentang kisah yang saya ingin beritahu, atau kadang-kadang saya secara
tiba-tiba terfikirkannya semasa melihat gambar atau membaca buku. Sekali saya
fikirkan idea, saya akan tulis, dan kadang-kadang Tanya pendapat orang lain.
Semalam, semasa saya sedang mandi, saya rasa saya seksi lalu saya tulisnya
(ketawa). (Bang YongGuk). Kami tidak boleh menahan gelak akan jawapannya dengan
muka yang selamba. Kami bertanya jika kami boleh mendengar akan lagu itu satu
hari nanti, dan dia menjawab, “Saya ada beratus lagu yang saya tulis
sebegitu…(ketawa). Satu hari nanti, saya harap saya akan keluarkannya.” (Bang
Yongguk), dengan senyuman matanya, dia bercakap dengan nakalnya. Bercakap
mengenai B.A.P, rap not yang rendah Bang YongGuk dan Maknae, rap LTE ZELO yang
terkenal. Tentang rap, pada usia ZELO (dalam umur Korea dia adalah 18 tahun),
dengan ayat yang fasih memang jarang. “Jika anda katakannya, saya gembira.
Lirik rap “B.A.P” semuanya ditulis oleh Yongguk Hyung, tetapi dia tulisnya
supaya sesuai dengan saya yang jenis saya lain, jadi mungkin ianya adalah sebab
mendapat komen yang baik,” dia memberikan jawapan yang menunjukkan yang mereka
memerlukan antara satu sama lain untuk berdepan dengan muzik.
Vokal & Tarian ―Bakat
yang asli dan kerja yang keras
Barisan vokal dengan
daya tarikan dengan suara nyanyian yang mengikat, Daehyun bersama dengan
Youngjae, adalah sebaya. Sudah tentulah harmoni sahaja di atas pentas, mereka
berdua sangat rapat dan secara peribadinya adalah kawan baik. “Kami ada stail
muzik yang berlainan. Oleh sebab itu kami rapat.” YoungJae, yang bercakap,
seorang yang tenang dan serius. Kontrasnya, Daehyun seorang yang yang sesuai
berimejkan “budak muda”. Dia sangat suci. Kami bertanyakan dia bila dia tahu
yang dia sangat bagus dalam nyanyian, dia menjawab, “Semasa konsert secara
langsung. Sebagai ulangannya, apabila kami menyanyi lagu “GoodBye,” (DaeHyun). Apabila
kami memberitahunya yang kami menonton siaran langsung di Korea, dia membuat
lawak, “Oh! Maaf, saya menipu. (ketawa)” Jadi apakah lagu yang paling susah
sejak debut? “Kali ini, dalam lagu Jepun, dalam sebutan “POWER” ada tsu dan
chi. Juga, semua not yang tinggi memang susah…” (DaeHyun). Dia mesti rasa terbeban
yang hanya vokalis utama sahaja akan memahami dalam debut Jepun ini.
Kepada JongUp yang
bertanggungjawab dalam tarian, kami bertanyakannya bagaimana dia mula menari.
“Pada mulanya, kawan-kawan saya dalam kumpulan menari, dan oleh kerana saya
dekat dengan dia, pada mulanya saya hanya melihat dia sahaja. Selepas itu, saya
mulalakukannya bersama dia, kemudian saya mula rasa minat. Oleh sejak itu, saya
balik dari sekolah, saya akan menari.” (JongUp). Dia suka menari. Tiada siapa
boleh bercakap tentang otot perutnya yang mengkagumkan. Ingat tentang otot
perut, Youngjae yang terkenal di internet dengan agak lama perihal ‘perutnya’.
Kami bertanyakannya jika dia hamper dengan otot perut. “No, no! (ketawa) Masih
lama lagi. Daya tarikan dengan badan adalah Jongup, jadi saya mencari daya
tarikan yang lain.” (YoungJae). Dia tukar topic dengan biasanya, keluar dari
soalan. Sudah tentu, otak B.A.P.
Persembahan pentas –
Selepas Jelajah Dunia ―
Lagu debut Jepun
B.A.P sama dengan lagu debut Korea mereka, “WARRIOR”. Oleh kerana lagunya sama,
kami berfikir jika mereka merasakan perbezaanya. “Semasa debut di Korea, kami
tiada pengalaman, jadi kami sangat tertekan. Sekarang masih ada beberapa
bahagian kami yang tidak sempurna tetapi selepas jelajah itu, dan dapat banyak
pengalaman, kami fikir kami akan tunjukkan lebih ‘B.A.P’ yang matang kepada semua
orang. (ZELO) Mata dia semasa menjawab penuh dengan keyakinan. Sudah pasti
dalam 2013, dari Seoul ke Jepun, sehingga Amerika, mereka mengelilingi dalam 8
buah negara dalam dunia, dan menghabiskan ulangan mereka di tanah air, Korea
untuk penghabisan jelajah dunia. Kami bertanya sama ada dia masih tertekan di
persembahan secara langsung. “(Dalam bahasa Jepun) Tertekan…Separuh takut separuh
seronok. Sangat menerujakan.”(YoungJae). Baru-baru ini, kami menonton
persembahan ulangan di Seoul. Di atas pentas, mereka lebih seksi daripada usia
mereka, jadi kami bertanya kepada mereka adakah itu benar. “Adakah saya seksi?
(ketawa). Haha. Untuk persembahan dan lagu-lagu, kami berlatih dan bkerja
keras. Di atas pentas kami adalah penyanyi ‘B.A.P’, di bawah pentas, saya ialah
orang biasa Encik Youngjae.” (YoungJae) “(Dalam bahasa Jepun) Baru-baru ini,
Youngjae yang paling terkenal di Korea. Dia ialah Ris (* Bermaksud lelaki yang paling
popular dalam bahasa Korea)!” (DaeHyun),dia ketawa. Dalam jelajah dunia, kami
ingin sangat tahu sama ada popularity berbeza di setiap negara. “Di Amerika,
ianya adalah Jongup dan Bang Yongguk, tetapi dimana-mana, Zelo yang paling
popular. Di Singapura, saya fikir saya agak popular juga.” (DaeHyun). Sebenarnya,
mereka agak ingin tahu kedudukan mereka masing-masing.
Apa yang kalian buat tentang makanan didalam asrama?
Gambarkan ahli lain seperti sebuah keluarga?
Adakah makanan yang anda ingin cuba di Jepun?
Saya perasan ini semasa membuat temubual ini. Kalian semua bagus dalam bahasa Jepun.
Ada bahasa Jepun yang anda belajar baru-baru ini?
Apa yang anda ingin cuba di Jepun?
Akhir sekali, apakah impian kalian ingin capai di Jepun dalam masa setahun?
Kami ingin tahu lebih!
Cakap peribadi B.A.P
Semua enam-enam sekarang ini tinggal bersama didalam
asrama. Adakah peraturannya?
DH: Hmm~ Untuk
aturan mandi, mula-mula Yongguk, kemudian Himchan. Tetapi bila saya penat,
kadang-kadang saya mandi sebelum mereka… (ketawa). Selalunya ikut aturan umur.
Semua perkara.
Apa yang kalian buat tentang makanan didalam asrama?
YJ: Himchan masak
untuk kami! Dialah ibu kami.
HC: Munkin kerana
saya pandai masak. Seperti ibu yang memasak… (ketawa). Saya buat seperti kimchi
chige dan nasi goreng.
JU: Ah! Untuk
ujian saya dia memasak saya sesusatu yang istimewa. Dia letak mentega dan telur
diatas daging pelbagai rasa! Ianya sangat bagus!
Gambarkan ahli lain seperti sebuah keluarga?
DH: Bang Yongguk akan
jadi ayah, Youngjae jadi anak sulung dan saya anak kedua.
YG: Ayah… Tetapi
saya sama baya dengan Himchan. Munkin kerana wajah dia, Jongup Nampak sama baya
dengan saya. (ketawa).
YJ: Saya fikir
saya lebih seperti saudara-mara, bapa saudara. Kenapa? Tidakkah saya memberikan
sedikit rasa pelik?
Adakah makanan yang anda ingin cuba di Jepun?
HC: Sushi dan
sashimi.
YG: Tuna.
HC: Hanya Yongguk dan
saya suka sashimi. Ahli lain tidak boleh makan ikan mentah.
YG: Kecuali saya,
mereka semua suka makan daging. Saya tidak berapa suka daging…
HC: Apabila kami
menyambut sesuatu, kami selalu makan (N/P: lemak perut khinzir) Itulah sebab
mengapa dia tidak suka daging (ketawa)
JU: Saya baru
terfikir tentang ini tadi, bercakap tentang Jepun, Youngjae juga cakap bahasa
Jepun, saya rasa seperti saya seorang dalam dimensi ke-empat.(*tepuk dahi
sekuat mungkin sebab Jongup diluar dunia #Mariana)
Saya perasan ini semasa membuat temubual ini. Kalian semua bagus dalam bahasa Jepun.
HC: Saya,Youngjae
dan Daehyun bertanggungjawab dalam bahsa Jepun. Yang lain dalam bahasa
Inggeris.
YJ: Saya mula
dengan Hiragana 2 tahun yang lalu. Tetapi saya mula belajar betul-betul 6 bulan
yang lalu. Semua orang buat yang terbaik semasa belajar.
Ada bahasa Jepun yang anda belajar baru-baru ini?
YJ: “Lirik.” Kerana
lirik penting dalam muzik kami. Kami banyak gunakannya semasa menerangkan jadi
saya belajarnya.
DH: “Seperti yang
saya fikirkan”, “Saya lihat.” Penemubual banyak gunakannya, dan selalu ia
keluar dalam manga.
Apa yang anda ingin cuba di Jepun?
HC: Saya ingin
berlakon dan muncul dalam rancangan variasi TV. Tetapi ianya sesuatu yang saya
tidak boleh buat tanpa bercakap dalam bahasa Jepun jadi saya perlu belajar dengan
lebih lagi. Adakah anda tahu drama Jepun “Stand Up”? Pelakonnya Kazunari
Ninomiya dan YamaP. Ianya kelakar, drama seperti sitkom. Kakak saya adalah ahli
kelab peminat NEWS (ketawa). Dia juga pergi ke konsert mereka. (ketawa). Itulah
sebab saya minat di Jepun sejak saya kecil.
DH: Semua ahli
minat anime Jepun, drama Jepun dan manga.
Z: Saya suka
manga “Naruto.”
YG: (dalam bahasa
Jepun) BABYz, jom pergi ke kedai serbaneka bersama!
HC: Ianya ayat
yang disukai oleh Yongguk. Dia banyak cakapnya sejak akhir-akhir ini. Kedai
serbaneka di jepun memang hebat! Dango (N/P: bebola nasi manis)! Kami
diberitahu ianya bagus dan cuba mereka, dan ianya memang bagus.
YG: Saya suka roti
tembikai.
HC: Saya ingin
membeli-belah di jepun. Semua ahli sangat suka kasut, dan kami semua belinya
dengan banyak. Kami ada jelajah arena di Jepun dari November jadi saya ingin
pergi membeli-belah dengan mereka~
Akhir sekali, apakah impian kalian ingin capai di Jepun dalam masa setahun?
YJ: Saya fikir
ianya susah untuk selesai dalam masa setahun, tetapi saya ingin cepat dan
adakan jelajah Dome. (N/T: dome tempatnya lebih besar dari arena)
YG: Kami akan
bekerja keras untuk menjadikannya realiti!
© bapyessir.com #Mariana (Malay)
©k-fan me | bapyessir.com
Mereka memperkenalkan diri mereka, dan bercakap mengenai debut Jepun dan bagaimana jelajah arena yang pertama kalinya akan bermula tidak lama lagi.
Di Belakang Tabir #1
B.A.P dalam “HIGH CUT Japan Vol.2”, versi Jepun dari majalah fesyen Korea. B.A.P baru sahaja melakukan debut Jepun mereka pada 9 Oktober. Ini adalah eksklusif dari K-fan★me’s sesi penggambaran dibelakang tabir. ^^
September, B.A.P adakan
sesi penggambaran dalam beberapa studio di Tokyo. Karisma, Hip Hop, hebat, lelaki
jahat adalah imej-imej yang datang kepada kita apabila kita fikir tentang
persembahan dan muzik B.A.P. Tetapi bagaimanakah mereka yang sebenarnya?
Mula-mula sekali,
saya mula dengan menebual Himchan, Youngjae dan Jongup. Saya tanya mereka
soalan terus tetapi… tiba-tiba Himchan memperkenalkan dirinya. “Kami bertiga
adalah tiga orang yang paling terkenal dalam B.A.P. Sila tengok-tengokkan
kami.!” Kegembiraan umu terjadi.
Semuanya sudah pun terbuka. Himchan sangat profisien dan dia yang paling banyak
menjawab dalam bahasa Jepun. Kerana terpengaruh dengan kakanya yang meminati
idola Jepun, dia telah menonton drama Jepun dari kecil algi. Dan bila saya
fashionista B.A.P, Himchan tentang fesyen, dia menjawab dengan gembiranya, “Ah!!
Terima kasih, awak sangat mengenali saya~ (ketawa) Saya suka pelbagai stail
tetapi musim luruh dan musim sejuk memang sesuai dengan stail yang lembut,
sementara saya suka fesyen jalanan untuk musim panas dan musim bunga.” Dia juga
katakan kepada kami dia ingin cuba dan reka baju pada masa hadapan.
Seksi di atas pentas,
pelajar yang dihargai dengan deria yang segar secara peribadinya, Youngjae.
Saya Tanya kepada Youngjae, vikalis utama B.A.P yang membuat kedatangn semula
di Korea dalam setiap 3 bulan, bagaimana dia menguruskan suaranya. “Saya
banayak tidur. Tidurlah yang terbaik! Saya boleh tidur dimana sahaja. Tetapi
Jongup lebih kuat tidur dari saya.”Himchan sambung dan mendedahkan “Betul,
tidak kira dimana sahaja dia akan tidur.” (Jongup sendiri telah pecah tembelang) Apabila saya Tanya Youngjae
apa beg kecil yang dia ada, dia menjawab dengan senyuman. “Ianya kamera. Selalu
ada dengan saya, dan saya akan tangakap gambar.” Tepat sekali! Seorang yang
kacak lagi berbudi bahasa yang sesuai dengan kamera! Say tidak tahu jika dia
pernah menunjukkan gambra-gambra yang dia ambil kepada peminatnya, tetapi saya
akan nantikannya.
Jongup ada bakat yang
luar biasa dalam menari dan badan yang cantik. Semasa penggambaran, dia membuat
ekpresi muka dan dia menunjukkan seksi dalaman yang anda tidak akan percaya
seorang yang lahir pada 1995 boleh lakukan. Secara peribadi, oleh kerana dia
paling rapat dengan Zelo sebagai barisan Maknae, dia beritahu saya kisah yang
comel. “Kami selalu bermain dan bergurau senda. Tetapi jika saya ingin dia
betulkan sesuatu… kami selalu tidur didalam kereta apabila kami ingin pergi ke
sesuatu tempat tetapi badan Zelo lebih besar dari saya dan dia selalu jatuh ke
bahagian saya! (ketawa) Saya ingin dia buat sesuatu tentangnnya~ Dia berta
(ketawa).” Saya beritahunya tentang bagaimana saya dengar dari ahli lain yang
dia ada personality 4D dan dia menjawab “Semua orang panggil saya dengan
pelbagai panggilan, tetapi saya tidak pernah terfikir diri saya sebagai 4D.”
DImana Youngjae cepat-cepat menjawab, “Jongup adalah seorang yang memikirkan
sesuatu secara serius tentang perkara yang orang lain tidak ambil kisah. Dia
pelik! (ketawa)”
Seterusnya, kami akan
berkongsi pula tentang Bang Yongguk, Daehyun dan Zelo. Sila nantikannya. ^^
~Lagi ♥ cakap ekstra~
<Himchan beritahu
kami siapakah ahli yang paling kuat makan>
Yang paling tinggi
Zelo tapi yang paling kuat makannya Daehyun dan saya! Yang bertanggungjawab
dalam bercakap!
<Youngjae beritahu
kami tentang fesyen yang dia suka>
Saya suka stail yang
biasa. Sebelum saya suka fesyen jalanan tetapi sekarang saya lebih suka stail
yang lembut. Kami selalu bercakap tentang fesyen dan apa yang sesuai dengan
kami masing-masing.
<Jongup beritahu
kami bagaimana boleh dapat momuchan (*bermaksud badan berotot)>
Saya bina badan
dengan Yongguk hyung! Akhir-akhir ni saya bina badan secara asli dengan berlatih
menari~
Temubual & Artikel – kako chang
Di Belakang Tabir #2

B.A.P dalam “HIGH CUT
Japan Vol.2”, versi Jepun dari majalah fesyen Korea. B.A.P baru sahaja
melakukan debut Jepun mereka pada 9 Oktober. Ini adalah eksklusif dari K-fan★me’s
sesi penggambaran dibelakang tabir. ^^
September, B.A.P sedang
mengadakan sesi penggambaran dalam beberapa studio di Tokyo buat pertama
kalinya untuk kandungan asli HIGH CUT Jepun. Oleh kerana ketua Bang Yongguk,
Daehyun dan Zelo adalah yang pertama selesai sdengan sesi penggambaran, mereka
sambung dengan temubual.
Ketua , dengan suara
rap yang rendah yang menunjukkan atmosfera kelelakian yang mengelilinginya,
Bang Yongguk. Dia menulis dan menggubah lagu, memimpin ahli-ahli lain secara
muzk dan apabila kami bertanya kepadanya tentang sesuatu yang dia suka lakukan
pada masa depan dia menjawab “Impian saya adalah untuk secara sukarelanya
membuat persembahan di Afrika.” Ini adalah jawapan yang tidak disangka-sangka, dalam
cara yang baik.“Saya belajar banyak perkara dari atuk dan nenek saya. Seorang
dari mereka adalah membantu orang jadi mereka mengajar saya untuk kisah akan
masalah masyarakat dan ianya penting.” Saya fikir saya mula faham mengapa Bang
Yongguk digelar seorang ayah. Lebih dari umurnya, dia menerangkan dirinya
secara tenang dan dia fikir tentangnya secara serius. Dengan perbezaan itu dengan
rupa parasnya serta personalitinya juga dengan senyuman yang membuatkan matanya
berkedut, dia sangat menawan.
Dengan rupa dan
bakat, vokalis yang kacak, Daehyun. Suara yang lunak Daehyun memberitahu kepada
saya, “Youngjae dan saya dua-dua lahir pada 1994, tetapi hari jadi saya lebih
awal dari dia. Tetapi personality dia lebih matang dari saya dan dia bijak!
(ketawa) Yang paling keanak-anakan? Ianya Himchan dan saya, tidak ada keraguan!
(ketawa)” dan bila dia sambung dengan mengatakan “Himchan dan saya se~~~lalu
bercakap”, semua staf dan ahli mengangguk tanda setuju. (Nota penterjemah: Dalam bahsa Jepun yang sebenar
menulis 1994 walaupun Daehyun lahir pada 1993 dan Youngjae 1994. Saya fikir dia
cuba untuk meyakinkan yang lahir pada tahun *lunar* yang sama kerana tahun
lunar pada 1994 mula pada 10 Februari, selepas hari lahir Youngjae pada 24
Januari. Jadi secara teknikalnya di Korea, Daehyun dan Youngjae adalah “kawan
sebaya”, seperti Himchan dan Yongguk)
Sekarang Maknae Zelo,
yang dilahirkan pada 1996, berketinggian 184 cm. Dengan ketinggiannya sebanyak
12 cm setahun, dia beritahu saya, “Ada satu susu untuk makanan sekolah di
ekolah rendah. Saya banyak minumnya! Juga ayah dan abang saya tinggi. Tetapi
sekarang saya lebih tinggi dari abang saya.” Menunggu untuk menggunakan
ketinggiannya, dia menjawab, “Saya ingin mencuba dalam bidang model. Ia juga
kerana saya tinggi, tetapi saya juga minat dalam fotografi dan fesyen.
Penggambran hari ini memang menyeronokkan!” Dan seperti model professional, dia
menunjukkan ekspresinya yang dipenuhi denga karisma semasa penggambaran
dilakukan.
Tidak kira jadual
yang sangat padat, mereka tidak pernah menunjukkan muka mereka yang penat
semasa membuat sesi oenggambaran dan temubual yang panjang. Perkataan “pelaar
contoh” sangat sesuai dengan mereka, dan mereka sangat bijak dan sopan. Dan
saya sangat terperanjat bahasa Jepun mereka sangat fasih dari yang saya
bayangkan. Mereka sangat berusaha belajar bahasa Jepun.
“Kami adalah
pendatang baru di Jepun. Inilah mengapa kami ingin pergi balik ke permulaan
untuk merasai bagaimana kami rasa pada mulanya dan buat yang terbaik”, beritahu
kami ketua Bang Yongguk. Aktiviti mereka di Jepun baru sahaja bermula dan isu
dalam HIGH CUT Jepan mengandungi temubual kandid B.A.P serta penggambaran yang
akan dijual pada 17 Oktober!
~Lebih ♥ cakap
ekstra ~
<Bang Yongguk bandingkan
ahli-ahli dengan warna>
Himchan adalah hitam,
Zelo pelangi, Daehyun hitam dan merah, Youngjae putih dan Jongup warna neon!
Saya? Saya tidak tahu (ketawa).
<Daehyun beritahu
kami kedudukan rupa ahli-ahli>
Himchan adalah yang
bertanggungjawab dalam kacak. Yang kedua Youngjae, ketiga…saya! Saya tidak akan
beritahu yang di bawah~ (ketawa)
<Maknae Zelo beritahu
kami tentang ahli-ahli>
Mereka ada imej yang
kuat dan berkarisma di atas pentas tetapi di waktu harian mereka tiba-tiba
sahaja menjadi kelakar dan bising. Saya sayangkan Hyung saya!
Akhirnya, sesi
penggambarannya telah selesai dan B.A.P meninggalkan dengan ucapan selamat
tinggal dengan penuh tenaga. Baru sahaja saya fikir lif itu sudah tertutup,…ia
terbuka semula dan “Saya terlupa sesuatu! Kedengaran. Sesuatu yang terlupa
tidak lain tidak bukan…. Daehyun
(ketawa). Daehyun, yang agak lambat bersiap hampir tertinggal di studio! Ianya
insiden yang agak comel~!
Temubual
& Artikel – kako chang
©K-fan me | bapyessir.com #Mariana (Malay)





No comments:
Post a Comment