Surat Daehyun

Translator: Mariana
Original post: http://www.bapyessirfansite.com/2014/01/bap-2nd-baby-day-fanmeeting-140112_16.html

Dengan tidak saya sedari, masa yang saya habiskan bersama anda telah pun mencecah 2 tahun, dan mampu mengadakan perjumpaan bersama peminat dengan Babyz. 3 tahun yang lalu, saya memang bukan sesiapa, dan kerana itu, saya tidak istimewa juga. Saya adalah budak biasa yang akhirnya menyanyi, kerana saya suka menyanyi. Kepada orang yang seperti saya, peluang yang datang kepada saya dimana saya dapat menunjukkan bakat nyanyian saya kepada dunia dan bukan hanya pada kawasan kecil sahaja. Kerana saya tidak boleh terlepas dari peluang itu, saya datang ke Seoul, tetapi Seoul tempatnya sangat aneh bagi budak Busan seperti saya ini, dan ia adalah tempat dimana saya tidak ketahui masa depan saya. Saya sangat merindui keluarga saya, guru-guru saya, dan kawan-kawan saya. Setiap kali saya kecewa, saya akan teringat masa ketika semua orang memberikan ucapan selamat jalan yang terakhir kepada saya ketika menghantar saya pergi, kemudian saya akan tertidur dengan air mata yang membasahi bantal tidur saya.  Pada masa itu ianya masa yang sukar untuk menempuhinya, transformasi yang besar mula berlaku terhadap diri saya. Pada saya yang diselubungi dengan kesedihan berseorangan kerana takut dan letih dengan dunia ini, muncullah cahaya yang terang yang menyinari gua yang gelap. Dan cahaya itu adalah kamu semua, Babys. Setiap kali saya memikirkan anda semua, saya tidak rasa bersendirian, dan anda semua adalah sumber kekuatan terbesar saya. Bila saya ingin naik ke atas pentas untuk menyanyi atau bila saya ingin menari atau bila saya ingin pergi ke luar negara dan membuat persembahan atau bila saya ingin bertemu dengan para peminat di perkampungan atau bila saya kembali ke asrama dengan keadaan yang penat dengan jadual-jadual itu, anda terus melambai kepada saya sehinggalah saya betul-betul hilang dari pandangan anda. Pandangan anda sangat menikmati setiap hari, dan setiap minit dan setiap saat hanyalah melalui nyanyian sahaja sudah mempu menjadi lebih dan sangat penting dan menceriakan anda. Saya ingin menunjukkan bahagian diri saya yang lebih bagus, bahagian yang hebat supaya semua orang bertambah dan bertambah menyokong kami, jadi keenam-enam kami akan berlatih lagi gila lagi(baik, bersemangat), dan selesakan antara masing-masing, dan itulah bagaimana kami mampu untuk berlari mendaki sehingga capai ke tahap ini. “Rasa seperti anda telah mendapat seluruh dunia “, mungkin inilah bagaimana menerangkan perasaan saya ketika ini disaat saya membaca surat ini. Saya berterima kasih juga yang anda semua yang percaya dan melihat kami berenam ini dimana-mana dan bila-bila sahaja , dan saya sangat berterima kasih kepada anda semua. (Peminat: Jangan menangis) Pada masa hadapan…saya akan tunjukkan kepada anda diri saya yang lebih baik dan lebih bersopan kepada anda semua. Semua, saya sangat-sangat mencintai anda. Uhm…Sejujurnya, saya malu untuk membaca ini, tetapi saya mahu menunjukkan kejujuran saya berterima kasih saya terhadap anda semua dalam satu hari ini, jadi saya membuat keputusan untuk menulis ini . Dan kami ada persembahan yang telah disediakan sebentar lagi, tetapi persembahan ini khas untuk anda semua sahaja diantara semua orang di seluruh dunia. Jadi saya bersyukur jika anda semua mendapat hadiah kami dari tempat duduk anda.

© akdongs @ tumblr | aris | bapyessir.com #Mariana (Malay)

No comments:

Post a Comment