Acara Temu Bual B.A.P “One Shot” Tokyo di Han-Chu

Translator: Ben
Original post:  http://www.bapyessir.com/2013/12/bap-one-shot-tokyo-talk-event-feature.html



Suara latar: Selepas ini, kemunculan Premium Live Talk B.A.P. Jangan lepaskannya minggu ini!
Suara latar: Mereka mengadakan temu bual ini pada bulan Disember, terima kasih kepada cuaca indah di Lalaport TOYOSU, Tokyo. Mereka ialah…. B.A.P
Walaupun mereka pernah ke Jepun pada bulan Mei, B.A.P telah meraih kejayaan.
Selepas debut Jepun, mereka telah mengadakan jelajah arena pertama yang dinanti- nantikan di Tokyo, Nagoya, dan Osaka. Mereka kemudiannya mengumumkan pelancaran baru. Kali ini mereka mengadakan temu bual secara langsung premium ini untuk pembeli- pembeli single kedua mereka “One Shot”. Nishio-san, yang pergi ke Osaka sebelum ini, akan teruskan sebagai pengacara. Jadi, mari mulakan!

Apakah maksud yang diketengahkan dalam single kedua kamu, “One Shot”?
JU: Lagu “One Shot” ialah tentang berusaha untuk mencapai impian dan jika peluang muncul dalam perjalanan mencapai impian itu jangan lepaskannya! Itulah mesej dalam lagu tersebut.

Tentang koreografi Cool Dance…
Nishio-san: Tarian B.A.P amat cool bukan?
DH: Terima kasih.
Nishio-sam: Saya pun ada ingat sikit- sikit.

Komunikasi melalui tarian Nishio! Feat. Zelo(daripada B.A.P)
Suara latar: Inilah Komunikasi melalui Tarian HanCHU! Buat kali pertama selepas dua bulan, komunikasi antara Zelo dan Nishio-san!

Suara latar: Nishio-san, walaupun anda mulakan sedikit lambat, semua orang nampak gembira.
Mesej untuk peminat di luar sana!
ZL: Selamat tinggal semua. Cuaca hari ini amat baik! Jumpa lagi!
YJ: Terima kasih banyak- banyak kerana datang pada haari ini. Jumpa lagi!
YG: Terima kasih kepada semua untuk hari ini. Kami ketawa banuak hari ini.
HC: Sebab saya hidup ialah BABYs sahaja.
JU: Hari ini amat seronok! Saya gembira kerana dapat bercakap dengan peminat- peminat. Saya menantikan perjumpaan kita yang akan datang.
DH: Kami akan sentiasa buat yang terbaik!

Nishio-san: Inilah B.A.P!

(Single kedua “One Shot” sedang dijual!)
Suara latar: Dengan sokongan yang memberangsangkan, temu bual secara langsung premium ini amat berjaya! Datang lagi dan bermain di HanCHU!
© jinhwan_93(raw video) | bapyessir.com #Ben (Malay)

No comments:

Post a Comment