B.A.P dalam Majalah Bahasa Jepun F to F Magazine Isu Disember

Translator: Mariana
Original Post: http://www.bapyessirfansite.com/2013/10/bap-in-japanese-f-to-f-magazine-dec.html

Jangan buang tanda kami bila berkongsi, dan anda MESTI kredit  bapyessir.com jika ingin edit/berkongsi


Nota admin: Bab1 untuk temubual ini berulang banyak kali tentang B.A.P mengatakan tentang perasaan mereka dalam debut Jepun, membuat rakaman dalam bahasa Jepun, jelajah arena mereka, dan sebagainya., jadi ianya tidak akan diterjemah. Sila lihat terjemahan kami dalam post  Arkib - Temubual & Majalah 2013 .

Bab 2 - Cakap peribadi B.A.P.

S: Apa yang anda fikir yang paling menarik dalam diri anda?

Yongguk: Bagi saya, sudah semestinya muzik.
Daehyun: Yang paling bagus saya boleh lakukan, sudah semestinya menyanyi!
Youngjae: Saya juga, sayalah vokalis utama, jadi menyanyi.
Jongup: Personaliti saya yang seimbang. (ketawa)
Himchan:  Menikmati dan mengambil cabaran yang baru adalah milik saya!
Zelo: Sayalah Maknae dalam kumpulan ni, jadi saya lah Maknae yang paling comel!

S: Fesyen apakah yang anda suka?

Yongguk: Saya uka fesyen jalanan. Tetapi secara jujur, saya tidak berapa kisah pakaina apakah yang saya pakai selalu (ketawa).
Himchan: Saya sangat meminat fesyen . Sejak akhir-akhir ini saya suka yang biasa-biasa, feseyn English. Saya terutamanya suka stail jaket dan kemeja yang saya pakai.
Daehyun: Saya suka stail fesyen yang senang. Saya selalunya suka stail pakaian "dandy".
Jongup: Pakaian perbidai saya semuanya stail hiphop!
Zelo: Saya tidak mampu untuk memilih satu stail, saya suka mencampurkan item yang berlainan.

S: Siapakah jenis yang pendiam?

Youngjae: Saya agak pendiam, apabila mula-mula kenal orang saya agak malu, jadi saya gembira bila orangyang datang dulu kepada saya!
Jongup: Saya pun sama! Peminat, sila datang kepada saya!
Zelo: Saya juga! Hahaha!

S: Apabila anda menginap di hotel, apakah yang selalu anda lakukan?

Daehyun: Menonton TV, melihat benda-benda kami di iPad.
Youngjae: Akhir-akhir ini, disebabkan pengaruh Yongguk, semua orang mula membaca surah akhbar serta buku-buku.

S: Semasa anda muda, apakah yang anda ingin lakukan?

Yongguk: Saya ingin melancong ke seluruh dunia, menulis lagu di setiap negara yang saya melawat.
Himchan: Saya ingin melancong keseluruh dunia juga.
Daehyun: Saya sayang nenek saya, jadi saya ingin pergi melancng bersama dia dan kelaurga saya.
Youngjae: Saya ingin pergi keluar bersama abang dan ayah saya! Abang saya di luar negara jadi saya tidak dapat berjumpa dengannya.
Jongup: Walauapun dalam masa yang singkat, saya ingin tinggal di Amerika.
Zelo: Saya ingin keluarkan album solo.

S: Apakah yang memberi motivasi (semangat) kepada anda? 

Yongguk: Sudah tentu, MUZIK!
Himchan: Bagi saya, fesyen.
Daehyun: Saya selalu dapat banyak motivasi dari para peminat.
Youngjae: Persembahan saya sendiri. Apabila saya berpuas hati, saya dapat banyak tenaga!
Jongup: Membuat promosi sebagai B.A.P.
Zelo: Saya dapat banyak motivasi dari pujian, saya fikir saya ingin mencuba dengan labih lagi!

© bapyessir.com #Mariana (Malay)





©bapyessir.com



Teks dalam halaman ini bercakap tentang temubual dan kemunculan B.A.P dalam MTV The Show
© bapyessir.com #Mariana (Malay)

 Tweet ini bercakap mengenai B.A.P yang muncul dalam PON! Tetapi ada orang yang ketinggalnanya, jadi sila buatkan hati anda berdegup kencang dengan gambar-gambar ini.
©Fujisan | bapyessir.com

No comments:

Post a Comment